Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berapa Ringgit Kos Sebenar Sebuah Apple iPhone X? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berapa Ringgit Kos Sebenar Sebuah Apple iPhone X?

iphone ten

Membeli sebuah telefon seperti Iphone X, Iphone 8 atau Samsung Galaxy S8 merupakan satu pelaburan besar yang tidak menguntungkan dalam jangka masa panjang. Namun itu nampaknya tidak menghalang pembeli, khasnya yang datang dari Malaysia membayar ribuan ringgit untuk mendapatkan teknologi terbaru di tangan mereka.

Pernahkah anda fikirkan, berapakah nilai sebenar peranti di tangan anda? Berikut adalah 5 jenis telefon bertaraf 'flagship' daripada Apple dan Samsung yang kerap menjadi buruan ramai dan kos sebenar penghasilannya. Kadar keuntungan kasar paling tinggi nya didapatkan dengan mengambil kira harga bahan dan dibandingkan dengan harga jualan.

Harus diingatkan, kos yang dinyatakan hanyalah untuk kos barangan peranti yang diperlukan, tidak termasuk kos penyelidikan, pemasaran, pembangunan, pengedaran, kos pekerja, pembungkusan dan sebagainya. Apa yang disenaraikan hanyalah kos kesemua peranti yang digunakan dalam telefon pintar tersebut.

1. Apple iPhone 5S 64GB

septimius 14

Dengan anggaran kos pembuatan sekitar USD199 (RM835) dan harga jualan selepas dilancarkan USD849 (RM3565), ini bermakna iPhone 5S versi 64GB merajai carta dengan keuntungan kasar untuk setiap jualan satu unit pada kadar 74%.

2. Apple iPhone 6 Plus 128GB

plutus91503

Anggaran kos pembuatannya adalah USD263 (RM1104) dan Apple menjual setiap unit pada harga USD949 (RM3983) yang membawa keuntungan kasar 72.4% bagi setiap unit terjual.

3. Apple iPhone 6 Plus 16GB

thumb 6 new

Adik kepada iPhone 6 Plus 128GB ini juga membawa keuntungan besar pada pihak Apple kerana hanya dengan anggaran kos sebanyak USD215 (RM902) dan harga jualan satu unit pada harga USD749 (RM3144) Apple mendapat untung kasar 71.2% pada harga jualan.

Bagaimana pula dengan model Samsung?

4. Samsung Galaxy Note 3 32GB

galaxy note 3 test 8

Untuk model jenama Samsung, model Galaxy Note 3 32GB mencatatkan peratusan untung kasar paling tinggi dengan kadar 69.6% apabila dijual pada harga USD699 (RM2934). Kos pembuatannya pula dianggarkan sekitar USD232 (RM973).

5. Samsung Galaxy S6 Edge 64GB

s6 edge rom

Model popular ini yang memperkenal skrin Edge pada bahagian tepi telefon dibuat dengan kos USD290 (RM1217) dan dijual pada harga USD799 (RM3354). Peratusan untung kasar sebelum tolak kos lain-lain adalah 63.7%

Anda tertanya-tanya bagaimana pula kos dua model terbaru yang sedang hangat diperkatakan, iaitu Samsung Galaxy S8 dan Apple iPhone X?

6. Samsung Galaxy S8

samsung galaxy s8 review ti

Dianggarkan, Samsung mengeluarkan kos sebanyak USD307 untuk setiap unit Galaxy S8 yang dijual pada harga USD720 (RM3022) dan ini membawa kadar keuntungan kasar pada Samsung pada kadar 57.3% untuk setiap unit terjual.

7. Apple iPhone X

170912145819 apple event iphone x full 780x439

iPhone X yang menjadi idaman ramai ketika ini dianggarkan memerlukan kos sebanyak USD412 (RM1729) untuk dibina sahaja dan akan dijual pada harga USD999 (RM4193). Ini menjadikan kadar keuntungan kasar untuk setiap iPhone X yang dijual yang dapat kepada Apple adalah sekitar 58% daripada keseluruhan harga jualan.


Anda rasa harga yang dikenakan terlalu tinggi? Berikan respon anda dalam ruangan komen supaya kita sama-sama dapat berkongsi pandangan.

Rujukan

Tech Wall

Economic Times

Phone Arena



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fi8PmQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.