Hi! Welcome Back and Stay Tune! Inilah 'gudang pintar' Alibaba yang dikendalikan oleh 90% Robot - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Inilah 'gudang pintar' Alibaba yang dikendalikan oleh 90% Robot

robot zhu que di gudang alibaba

Jenama Alibaba sememangnya satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia perniagaan dalam talian (e-commerce) terutamanya di rantau Asia. Hal ini membolehkan pengasasnya Jack Ma mengaut keuntungan berbilion-ringgit seterusnya tersenarai dalam senarai orang terkaya di dunia keluaran Forbes. 

Dengan jualan ratusan ribu barangan yang dijual, maka semestinya Alibaba mempunyai gudang penyimpanan barangan yang sangat besar untuk menyimpan kesemua stok barangan sebelum dihantar kepada pembeli. Gudang penyimpanan barang Alibaba ini terletak di Huiyang di daerah Guangdong yang terletak di Selatan China dan mempunyai keluasan seluas 3000 meter persegi. Ianya diuruskan oleh syarikat T-Mall, iaitu anak syarikat Alibaba Groups. 

robot ciptaan quicktron gudang alibaba

Dengan keluasan sebesar ini, maka mereka mestilah mempunyai pekerja yang ramai dan sistematik bagi memastikan barang-barang mudah diangkut daripada rak penyimpanan ke ruang pembungkusan.

Bagi memastikan segalanya bergerak lebih pantas dan efisien, maka Alibaba telah menggunakan bantuan 60 buah robot yang dikenali sebagai Zhu Que dalam gudangnya ini.

Robot Zhu Que

robot zhu que

Robot yang dihasilkan oleh syarikat Quicktron ini diberi nama Zhu Que. Dengan saiz 90cm (panjang), 70cm (lebar) dan 30cm (tinggi),  robot ini mampu mengangkat barang seberat 600 kg dan bergerak sepantas 1.5m dalam satu saat. Robot ini akan menerima arahan daripada signal WiFi. Setelah arahan diterima, ianya akan menuju ke tempat sesuatu barang itu disimpan berdasarkan kod barangan tersebut. 

Selain itu, robot ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan untuk mengelakkan kemalangan dengan robot-robot lain dalam gudang tersebut. Setiap robot mempunyai sensor yang akan mengesan halangan atau pergerakan robot lain, seterusnya mengelakkan mereka bertembung sesama sendiri.

Selain itu, robot ini juga mempunyai pengesan bateri yang canggih dan sistematik. Apabila paras bateri sudah rendah, robot ini akan berhenti bekerja dan bergerak menuju ke ruang pengecasan bateri. Dengan sekali cas, ianya mampu bekerja selama 8 jam tanpa henti!

Meningkatkan Efisiensi

gudang canggih alibaba

Penggunaan robot ini sememangnya dapat meningkatkan efisiensi seseorang pekerja manusia dalam gudang tersebut, Sebagai contoh, sebelum penggunaan robot ini, seseorang pekerja perlu bergerak sebanyak 27924 langkah dalam 7.5 jam waktu bekerja dan hanya mampu membungkus 1500 barangan sahaja. 

Dengan penggunaan robot ini, mereka hanya perlu bergerak secara purata sebanyak 2563 langkah sahaja sementara jumlah barang yang mampu dibungkus adalah sebanyak 3000, iaitu satu kali ganda tanpa penggunaan robot pengangkut barangan!

Quicktron iaitu penghasil robot ini juga berkata Alibaba juga telah bercadang untuk menambah 40 buah robot lagi bagi menampuang keperluan kapasiti tenaga kerja mereka.

Kredit: Daily Mail



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xZ80e9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.