Isteri Mengamuk Shahrol Shiro Layan Bigo Live?
Nampaknya kini aplikasi Bigo Live semakin mendapat tempat di hati para pengguna laman sosial dan baru-baru ini antara selebriti yang turut terpalit berkenaan perkara tersebut adalah Shahrol Shiro. Malah kenyataan yang dimuatnaik di Instagram isterinya turut menimbulkan tanda tanya.
BACA: “Saya Tak Tahu Bigo Live Boleh Ditonton Ramai”
Menurut laporan mStar Online, Shahrol menafikan perkara tersebut selain menyatakan bahawa apa yang dikongsikan oleh isterinya yang dikenali dengan gelara Anna Danisha itu adalah ditujukan kepada rakan wanita Shahrol dan bukan kepada suami tercintanya itu.
“Tak ada apalah, kenyataan itu kepada rakan-rakan perempuan saya sahaja. Kami baik-baik sahaja, tak ada gaduh pun laki bini. Mana ada dia marah, dia ada kat sebelah saya ni”
“Apa yang dia tulis di laman sosial tu melawak sahaja tiada kaitan pun dengan hal rumah tangga,” jelasnya kepada portal berita tersebut.
Sementara itu, melalui portal berita ini juga terdapat satu screenshot isteri Shahrol meninggalkan komen yang mungkin dilihat sesetengah pihak seperti berbaur cemburu. Namun sebagai isteri, tiada apa yang salah dilakukan oleh Anna.
Apa pun, jika Shahrol sendiri sudah menjelaskan perkara sebenar, pastinya kini semuanya baik-baik belaka. Shahrol dan Anna selamat menjadi suami isteri setelah diijabkabul pada 18 Mac 2016 di Kluang, Johor dan kini mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 10 Februari lalu.
Sebelum ini, Shahrol pernah berkahwin pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang anak, Muhd Adam Danish yang kini berusia lapan tahun. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xpSMf6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment