Kebakaran Tahfiz: 7 Fakta Susulan Penahanan Suspek
KUALA LUMPUR: Berikut tujuh fakta ringkas yang dipetik daripada sidang media khas oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah:
1. Kebakaran akibat khianat berpunca daripada tindakan ejek mengejek di antara suspek dengan penghuni asrama pusat tahfiz.
2. Semua tujuh suspek yang ditahan berusia di antara 11 dan 18 tahun dan tidak bersekolah.
3. Enam daripada mereka positif dadah jenis ganja dan dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan merusuh dan curi kenderaan.
4. Polis sahkan dua tong gas yang ditemukan di tingkat dua dibawa naik dari tingkat bawah.
5. Polis rampas lima helai seluar dan baju, empat topi keledar, tiga motosikal dan tiga telefon bimbit.
6. Pelajar tahfiz yang ditahan sebelum ini bukan suspek, tidak mengenali suspek dan terselamat daripada menjadi mangsa kerana tidur di surau pada hari kejadian.
7. Rakaman CCTV premis berhampiran bantu dalam memberi petunjuk terhadap penahanan semua suspek. – Awani
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w1LsF5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment