Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hukuman Juvenil Tidak Memadai – Keluarga Mangsa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hukuman Juvenil Tidak Memadai – Keluarga Mangsa


GOMBAK: Ahli keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkejut selepas mendapat tahu punca kejadian insiden Khamis lalu dan meminta supaya hukuman setimpal dikenakan terhadap pesalah terbabit.

Ibu kepada Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10, Siti Salfarina Ismail, 36, berkata beliau tidak sangka insiden kebakaran itu berlaku bermotifkan dendam, lebih-lebih lagi dilakukan oleh remaja dan kanak-kanak berusia antara 11 tahun dan 18 tahun.

“Saya memang terkejut bila dapat tahu. Siapa yang sangka kanak-kanak dan remaja boleh membuat rancangan sedemikian.

“Mereka (suspek) rancang seperti profesional dan berfikiran macam orang dewasa, dengan itu saya rasa hukuman juvenil tidak memadai.

“Mereka perlu tahu betapa pedihnya hati ibu bapa yang terpaksa melihat pemergian anak mereka dengan cara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi kubur anak sulungnya bersama suami, Mohd Zamzuri Zakaria, 36, di sini, hari ini.

Kata Siti Salfarina, beliau tidak menyalahkan ibu bapa suspek kerana kejadian yang menimpa anaknya itu adalah tingkah laku kanak-kanak serta remaja itu sendiri.

“Saya percaya ibu bapa tidak pernah mengajar anak untuk melakukan perkara sekejam ini. Sebab itu, saya rasa wajar hanya hukum pesalah laku, jangan hukum ibu bapa mereka,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, mengesahkan punca kebakaran pusat tahfiz dekat Jalan Keramat Ujung, Kampung Dato Keramat, yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru adalah bermotifkan dendam.

Sementara itu, cubaan untuk menghubungi ibu kepada tiga beranak yang turut terkorban dalam kebakaran itu, gagal apabila beliau dikatakan masih bersedih selepas mengetahui punca sebenar kejadian berkenaan.

Ahli keluarga terdekat memaklumkan kepada BH, Mashawani Mohamed Shahid, 37, tidak mampu berkata apa kerana terkejut selepas mendapat tahu punca kejadian.

“Mashawani masih bersedih, jadi kami berharap pihak media akan memberi ruang kepada ahli keluarga,” katanya.

Tinjauan BH di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah mendapati orang ramai turut berkongsi kesedihan dengan menziarahi kubur mangsa seawal jam 8 pagi ini. – BH Online


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f2kZQC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.