Hi! Welcome Back and Stay Tune! Masih Ingat Bayi Pramatang Yang Lahir Hanya Dengan Berat Badan “481 Gram”! Namun, “Kisah Hidup” Mereka Telah Memberi Inspirasi Kepada Jutaan Ibu Di Dunia! Mari Lihat Wajah Comel Bayi Itu Sekarang! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Masih Ingat Bayi Pramatang Yang Lahir Hanya Dengan Berat Badan “481 Gram”! Namun, “Kisah Hidup” Mereka Telah Memberi Inspirasi Kepada Jutaan Ibu Di Dunia! Mari Lihat Wajah Comel Bayi Itu Sekarang!


Bukan suatu perkara yang mudah bagi pasangan suami isteri yang berasal dari Portland, Amerika, Matt Moore dan Jourdan Moore untuk memiliki anak.


Sejak berkahwin pada tahun 2005, harapan terbesar mereka adalah untuk memiliki anak.


Namun, Jourdan telah  menderita penyakit Crohn dan perlu meneruskan pengambilan ubat-ubatan secara teratur dan berjadual, kesan ubat-ubatan ini boleh menyebabkan keguguran ketika kehamilan. Walaupun ia sudah sembuh dan tidak lagi meneruskan pengambilan ubat, kesan ubatan itu akan menyebabkan dia sukar untuk hamil, dan jika ditakdirkan mengandung, kemungkinan besar bayi akan dilahirkan pramatang.

10 tahun pun berlalu dan mereka masih belum memiliki zuriat. Pernah mereka terfikir untuk mengambil anak angkat, namun belum juga berhasil. Akhirnya, sahabat baik mereka, Mentesana, membuat keputusan untuk membantu mereka dan bersedia menjadi “ibu tumpang”.


Matt dan Jourdan sangat gembira dan bersyukur. Selepas melalui procedure oleh doktor di hospital, 'ibu tumpang' yang merupakan sahabat baik mereka disahkan mengandung, perkara yang paling mengembirakan mereka adalah doktor mengesahkan bayi yang dikandung oleh 'ibu tumpang' merupakan bayi kembar. 

Tetapi, dugaan datang untuk menguji Matt dan Jourdan. Pada waktu kehamilan mencecah 23 minggu, Mentesana merasa tidak sihat. Ketika mendapat pemeriksaan daripada doktor, rahim ibu tumpang megalami masalah (dilatasi) dan telah menjadi lebar hingga 10cm dan mesti dibedah dengan segera.


Akhirnya, anak kembar mereka lahir pramatang, dengan berat badan yang tidak sampai 1 kilo! Cadence hanya memiliki berat 481,9 gram, manakala Jaxson 623 gram. Doktor menyatakan berat badan mereka sangat membimbangkan, mungkin sukar untuk bertahan, meneruskan hidup mereka dan doktor hanya memberi 21% harapan bayi tersebut untuk hidup..


Bayi Cadence dan Jaxson lahir hanya sebesar telapak tangan. Tubuh mereka sangat lemah. Mereka  dirawat di ruang intensif. Jaxson menderita penyakit mata akibat lahir pramatang dan harus memakai cermin mata untuk dapat melihat jelas, manakala Cadence menderita penyakit paru-paru dan harus menggunakan alat bantuan pernafasan setiap malam.



Namun, sesukar manapun, bagi pasangan Matt dan Jourdan, kedua anak ini adalah hadiah yang paling berharga dari Tuhan. Dibawah asuhan dan penjagaan daripada mereka, kedua bayi kembar itu membesar dengan sihat seperti anak-anak yang lain.  Lihat perubahan mereka saat dilahirkan dengan sekarang! Anugerah Tuhan yang sangat bermakna!



Kini, Cadnce dan Jaxson berusia 2 tahun. Kisah ini membuktikan walau sesukar manapun hidup ini, jangan cepat menyerah kalah, pasti akan terjadi keajaiban!


Selepas Matt dan Jourdan mengongsikan kisah dan perjalanan hidup mereka di facebook, kiasah mereka mendapat ribuan komen yang menyokong dan ada juga yang mengatakan bahawa mereka pernah mengalami kisah yang sama.

Kisah ini telah menjadi inspirasi ramai orang untuk tidak menyerah pada harapan sekecil apapun, sekalipun itu 21% atau 0,1%, kerana hidup itu sendiri adalah anugerah dari Tuhan!-Pen Merah Press


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fqZ5Ya

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.