Pekerja Jujur Pulangkan Duit Yang Ditemui Dalam Timbunan Sampah
WARGA media sosial menyampaikan pujian kepada kakitangan pengurusan sampah di atas sikap murni mereka memulangkan kembali wang tunai berjumlah RM2,000 yang mereka temui dalam beg sampah kepada pemiliknya di Kupang, Baling Kedah.
Kejujuran mereka menjadi perhatian netizen, apabila gambar-gambar sembilan kakitangan Environmental Idaman Sdn Bhd (E-Idaman) bergambar bersama wang yang ditemui, dimuat naik di media sosial.
Ketua Unit E-Idaman, Baling Shazwan Shahbudin berkata kakitangan syarikat itu telah ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah rumah milik seorang wanita tua yang tinggal sendirian di Taman Sri Mawar, Kupang semalam.
Kata Shazwan, seorang daripada anak wanita itu yang tinggal di Kuala Lumpur telah menghubungi syarikat itu, meminta bantuan untuk membersihkan beg beg sampah dan bahan-bahan kitar semula di halaman rumah berkenaan.
"Kami faham wanita itu, yang berusia 60an, mempunyai tabiat suka mengumpul barang barang kitar semula yang diperolehi dari pekan dan membawanya pulang ke rumah.
"Anaknya bimbang longgokan sampah sampah itu akan menjejaskan kesihatan dan keselamatannya, jadi dia mengambil keputusan untuk menghubungi kami bagi mendapatkan bantuan membersihkan rumah itu," katanya ketika dihubungi NST.
Menurut Shazwan, ketika pekerja pekerja sedang memunggah sampah ke dalam lori, wanita berkenaan tiba-tiba mengadu bahawa duitnya yang disimpan di dalam beg plastik telah hilang.
"Para pekerja dengan segera memeriksa longgokan sampah sampah tersebut namun tidak menemukan sebarang duit," katanya.
Ketika menghantar sampah sarap ke pusat pengumpulan sampah di Pulai, kakitangan merasa bertanggungjawab untuk membantu wanita tersebut dan mengambil keputusan untuk memeriksa setiap satu beg-beg sampah yang dibawa.
"Selepas melakukan kerja yang tidak kurang rumitnya itu, mereka akhirnya menemukan wang tunai di dalam sebuah beg plastik yang diselaputi dengan lumpur.
"Mereka mengira jumlah wang tunai tersebut kesemuanya berjumlah RM2,379.80 dan seterusnya memulangkan kembali wang itu kepada wanita berkenaan petang semalam," katanya lagi.
Menurut Shazwan, dia sangat bangga dengan kakitangan tersebut kerana kejujuran mereka.
Sumber: EdisiRakyat.com
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xAMBqH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment