Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat Sarawak Mahu Berdiri Sama Tinggi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat Sarawak Mahu Berdiri Sama Tinggi


SIBU: Rakyat Sarawak mahu berdiri sama tinggi dengan rakan mereka di Semenanjung daripada segi pembangunan ekonomi, kata Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Tun Abang Openg.

Beliau berkata ini adalah harapan dan aspirasi pemimpin pengasas apabila mereka menandatangani Perjanjian Malaysia pada 1963.

“Ia juga adalah harapan semua rakyat Sarawak semalam, hari ini dan esok,” kata beliau pada sambutan Hari Malaysia peringkat negeri di Dataran Bandar Sibu Sabtu malam.

Beliau percaya implikasi yang lebih besar ialah penduduk di Sarawak dan Sabah tidak mahu mengambil mudah bukan sahaja daripada segi sejarah tetapi juga ekonomi dan politik.

“Kita percaya Malaysia boleh menjadi negara yang lebih kuat jika rakyat di Sarawak berdiri sama tinggi dengan rakyat di Semenanjung yang terpisah oleh Laut China Selatan.

“Rasa tidak puas hati hanya akan mencetuskan perbalahan dan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia,” kata beliau lagi. – BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jB3tbu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.