Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Jangan Terus Salahkan Tahfiz...' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Jangan Terus Salahkan Tahfiz...'


Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmod tidak menyangka ejekan antara pelajar dan remaja luar menjadi punca kepada kebakaran pusat pengajian berkenaan sehingga mengorbankan 23 nyawa.

Menurut Zahid, pihaknya sebelum tidak dimaklumkan mengenai perkara berlaku antara pelajarnya dengan remaja luar.

"Sebelum ini pun pihak tahfiz tidak menerima sebarang laporan berkenaan terdapat ugutan terhadap pelajar.

"Setiap hari Isnin dan Rabu pihak tahfiz akan membawa pelajar turun ke padang berdekatan untuk beriadah tetapi ia dipantau oleh tenaga pengajar.

"Ejek-mengejek itu saya menganggap ia adalah lumrah bagi kanak-kanak, namun saya tidak sangka perkara itu menyebabkan kes besar sehingga mengorbankan nyawa pelajar dan kakitangan," katanya ketika ditemui di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato' Keramat Hujung, Kuala Lumpur, hari ini.

Zahid berkata, pihaknya berterima kasih kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan sehingga tertangkapnya penjenayah terbabit.

"Kami bersyukur kerana kes ini dapat diselesaikan dengan pantas sehingga tertangkapnya suspek.

"Kami harap orang ramai juga tidak terus menyalahkan pihak tahfiz kerana kami pun banyak kekurangan. Sepatutnya tunggu siasatan polis terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan," katanya.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi, Khamis lalu, seramai 21 pelajar dan dua tenaga pengajar maut selepas terperangkap di dalam kebakaran banggunan sementara pusat tahfiz terbabit.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w17I1T

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.