Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selangor Penyumbang Tertinggi KDNK Negara, Kuasai Tiga Sektor Utama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selangor Penyumbang Tertinggi KDNK Negara, Kuasai Tiga Sektor Utama

Pada 6 September, Jabatan Statistik Malaysia mengeluarkan laporan berkenaan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi setiap negeri dari tahun 2010 hingga 2016. Negeri Selangor mendahului dengan memiliki peratusan sumbangan paling tinggi kepada KDNK negara sebanyak 22.7%, diikuti WP Kuala Lumpur & Putrajaya (15.3%) dan Sarawak di tempat ketiga (9.8%).

Sumber: Department of Statistics Malaysia (DOSM)

Berdasarkan laporan Jabatan Statistik juga, WP Labuan merekodkan perkembangan KDNK negeri paling tinggi sebanyak 7.2% bagi tahun 2016 berbanding negeri-negeri yang lain. Kemudian diikuti WP Kuala Lumpur/Putrajaya sebanyak 5.9% dan Johor 5.7%.

Tujuh negeri yang lain tidak melepasi paras 4.2% KDNK negara, dan negeri Pahang merekodkan perkembangan KDNK negeri paling rendah dengan kadar 2%.

Prestasi KDNK dinilai melalui lima sektor utama yang terdiri daripada sektor perkhidmatan, pembuatan, pertanian, perlombangan dan pembinaan. Berdasarkan perbandingan antara kesemua negeri dalam semua sektor, negeri Selangor mendahului dengan sumbangan tertinggi dalam 3 jenis sektor iaitu perkhidmatan (25.2%), pembuatan (28.9%) dan pembinaan (29%).

Sarawak pula menjadi penyumbang paling tinggi dalam sektor pertanian dengan kadar sumbangan sebanyak 16.5%, diikuti Sabah sebanyak 15.8%.

Sumber: Department of Statistics Malaysia (DOSM)

Selain itu, enam negeri di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Labuan, Pulau Pinang, Selangor, Sarawak dan Melaka merekodkan KDNK per kapita lebih tinggi berbanding KDNK per kapita negara (RM38,887). WP Kuala Lumpur termasuk Putrajaya melaporkan peningkatan paling tinggi sebanyak RM101,420, manakala Kelantan pula paling rendah dengan jumlah RM12,812.

Sumber: Department of Statistics Malaysia (DOSM)

KDNK Per Kapita adalah ukuran jumlah keluaran negara melalui KDNK kemudian dibahagikan kepada setiap penduduk dalam negara. KDNK per kapita penting untuk membandingkan prestasi ekonomi sesebuah negeri dan peningkatan terhadap kadar ini menunjukkan perkembangan produktiviti ekonomi.

The post Selangor Penyumbang Tertinggi KDNK Negara, Kuasai Tiga Sektor Utama appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xNPjXi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.