'Saya dah penat, malas nak layan, perkara ini hanya akan menampakkan kami bodoh sahaja' - Kamal
Emma Maembong kata hubungan sudah berakhir, Zahirah MacWilson pula kata dia menjadi mangsa keadaan dan kini giliran Kamal Adli pula tampil memberikan kenyataannya.
Dalam laporan mStar Online, Kamal mengakui dia tertekan dengan isu yang timbul itu, tetapi enggan mengambil peduli akan perkara itu. Lebih-lebih lagi apabila Zahirah memuat naik gambar screenshot perbualan WhatsApp mereka berdua pada awal pagi tadi.
"Entahlah, saya sudah penat gila, saya malas nak komen dan layan perkara ini kerana ia akan menjadi lebih buruk.
"Isu ini sepatutnya sudah selesai sebab kami semua sudah berjumpa minggu lalu," katanya.
Drama Duda Pujaan Dara lakonan Kamal dan Zahirah |
Kamal sendiri tidak faham mengapa Zahirah sanggup bertindak mengeruhkan lagi keadaan dengan memuat naik screenshot perbualan WhatsApp mereka berdua.
"Saya tidak tahu mengapa dia bertindak demikian. Tapi biarlah, saya pun sudah penat dan biar orang ramai menilainya sendiri. Saya tidak perlu komen kerana perkara ini hanya akan menampakkan kami bodoh sahaja," katanya.
Sementara itu di media sosial, netizen mengkritik sikap ketiga-tiga pelakon berkenaan yang dianggap tidak matang dan membuka aib masing-masing untuk dipertontonkan kepada umum.
"Semua tak matang, semua benda nak post. Nasib baik belum kahwin. Kalau tak, jadi seperti isu 'AAB', you know what I mean," kata Nabila.
"Kebudak-budakan. Baca mesej diorang pun macam baca mesej budak-budak WeChat. Macam mana nak matang kalau mesej pun tak reti nak mesej betul-betul. Haha!" kata Jai.
Berita berkaitan:
Sumber 'Saya dah penat, malas nak layan, perkara ini hanya akan menampakkan kami bodoh sahaja' - Kamal
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i392LQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment