Honor Bakal Melancarkan Peranti Nirbingkai Pertama Mereka Di Malaysia Tidak Lama Lagi
Honor Malaysia hari ini berkongsi beberapa perkembangan syarikat berkenaan di Malaysia, dan pada masa yang sama turut mengambil peluang mengumumkan yang mana mereka bakal melancarkan telefon pintar nirbingkai pertama mereka di Malaysia tidak lama lagi.
Honor Malaysia tidak mengumumkan sebarang nama peranti berkenaan. Tetapi, mengikut spekulasi ramai, dan pelancaran terdekat di China, ia berkemungkinan adalah Honor 7X.
Jikalau ianya adalah Honor 7X, maka kita boleh menyasarkan penggunaan skrin 5.93-inci dengan cip Kirin 659, memori 4GB RAM, dan storan 128GB. Honor 7X turut menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang, mengabungkan lensa 16-megapixel dan 2-megapixel. Untuk rakaman selfie pula, Honor 7X menggunakan kamera 8-megapixel. Menjana peranti ini adalah bateri berkapasiti 3340mAh, serta dilengkapi antaramuka EMUI 5.1 berasaskan Android Nougat.
Buat masa ini, Honor Malaysia tidak mengesahkan sama ada ia adalah Honor 7X ataupun sebaliknya. Honor Malaysia juga belum mengumumkan bilakah ia akan dilancarkan di Malaysia. Namun, mereka menyasarkan ia akan dilancarkan sebelum penghujung tahun 2017 ini.
Selain daripada perkongsian mengenai peranti nirbingkai akan datang ini, Honor turut mengatakan mereka bakal mengadakan jualan khusus bersempena dengan tarikh 11 November 2017 ini – dimana Honor akan menawarkan diskaun untuk pelbagai peranti mereka melalui platform VMall.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yQll8f
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment