Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hafiz Hamidun dan Joy Revfa sah bercerai talak satu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hafiz Hamidun dan Joy Revfa sah bercerai talak satu

PETALING JAYA 25 Okt. – Penyanyi yang popular dengan lagu-lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun sah bercerai talak satu dengan isterinya, usahawan kosmetik, Joy Revfa di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

 

Hafiz Hamidun dan Joy Revfa sah bercerai talak satu

Hafiz Hamidun dan Joy Revfa sah bercerai talak satu

 

 

Talak satu itu dilafazkan oleh Hafiz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Hamidun, 33, pada pukul 4.10 petang di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC itu.

Hafiz memfailkan permohonan tersebut pada 12 Oktober lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 setelah lima bulan menempuhi alam perkahwinan dengan Joy Revfa.

Berdasarkan notis permohonan tersebut, antara alasan penceraian yang dikemukakan adalah tiada lagi persefahaman antaranya dengan Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd. Amin, 30, dan tiada lagi kebahagiaan dalam rumah tangga mereka.

Hafiz dan Joy Revfa telah mendirikan rumah tangga pada 1 Mei lalu. Joy Revfa pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

Kemelut rumah tangga pasangan itu mula dikesan apabila Joy Revfa mengeluarkan beberapa kenyataan berbaur sedih di laman sosial dan mengundang pelbagai spekulasi tentang rumah tangga mereka.

 

 

 

Sumber: UTUSAN ONLINE.



Sumber Hafiz Hamidun dan Joy Revfa sah bercerai talak satu

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lfkusw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.