Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peguam: Raja Petra boleh diekstradisi untuk pendakwaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peguam: Raja Petra boleh diekstradisi untuk pendakwaan

Pendakwaraya British boleh akur kepada permohonan Malaysia kerana kedua-dua negara mempunyai peruntukan yang sama tentang mematuhi peraturan ekstradisi.

S-N-Nair-raja-petra2PETALING JAYA: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali boleh memohon bantuan pendakwa raya British untuk mengekstradisi penulis blog kontroversi, Raja Petra Raja Kamarudin untuk berdepan pendakwaan jenayah di sini, kata seorang peguam.

S.N Nair berkata Raja Petra sudah melakukan kesalahan di bawah undang-undang siber kedua-dua negara melalui penyiaran artikel yang menyakitkan hati, berniat jahat atau palsu terhadap Apandi dan beberapa individu lain.

“Pendakwa raya awam boleh akur kepada permohonan itu kerana kedua-dua negara mempunyai peruntukan undang-undang yang sama tentang mematuhi peraturan ekstradisi,” kata Nair, seorang bekas polis yang pernah terbabit dalam perkara ekstradisi.

Nair berkata Raja Petra sudah melakukan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau pemenjaraan sehingga 1 tahun, atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Beliau berkata penulis blog itu, yang dikatakan menetap di United Kingdom, juga melanggar Akta Komunikasi Berniat Jahat 1988 dan Akta Komunikasi 2003 negara itu.

“Ini membuka pintu kepada peguam negara untuk membuat satu lagi laporan di London supaya pihak berkuasa boleh bertindak terhadap Raja Petra,” katanya.

Nair berkata Raja Petra juga tidak wajar mengheret Sultan Johor ke dalam perkara itu.

Nair berkata pendedahan terbaharu Raja Petra itu nampak seperti terputus daripada realiti.

“Tidak masuk akal mengapa 3 orang hakim terkanan boleh terbabit kerana, kalau diikutkan, siapa jadi peguam negara tidak penting bagi badan kehakiman,” katanya.

Beliau berkata para hakim umumnya dilarang daripada bercakap kepada media untuk mempertahankan diri maka terserah kepada peguam dan Badan Peguam untuk mempertahankan mereka atas dasar prinsip.

Pada Isnin, hakim bersara Datuk Seri Gopal Sri Ram menggesa Apandi memfailkan laporan polis berhubung 2 artikel “Strong Rumours Surrounding the AG: Part 1 and Part 2” yang disiarkan Malaysia Today pada Jumaat dan Ahad.

Dalam artikel yang disiarkan pada Jumaat, Raja Petra mendakwa pada 2015 ada pertemuan antara ketua hakim negara ketika itu Negara Tun Arifin Zakaria, ketua hakim sekarang Tan Sri Raus Shariff dan presiden mahkamah rayuan sekarang, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mendakwa mesyuarat itu mengenai satu plot yang didakwa oleh Tan Sri Abdul Gani Patail dan beberapa individu lain untuk menjatuhkan kerajaan melalui siasatan ke atas 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International.

Raja Petra juga mendakwa Apandi meminta RM4 juta daripada seorang ahli perniagaan berbangsa Cina, yang dikatakan “rakan perniagaan” Sultan Johor, untuk kes yang beliau menangi.

Apandi menafikan dakwaan rasuah yang terkandung dalam artikel pertama, dan berkata beliau berhasrat untuk menyaman penulis itu.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Peguam: Raja Petra boleh diekstradisi untuk pendakwaan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xn0TZa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.