10 Persoalan dan Jawapan Berkaitan Fenomena Pondan Yang Semakin Popular di Malaysia
Entah apa yang berlaku, dengan tiba-tiba di negara kita muncul ramai pula lelaki-lelaki yang telah pun menjadikan diri mereka wanita. Bukan sekadar wanita, malahan wanita seksi pula.
Aduh sakit betul jiwa bila ada orang kongsikan gambar 'wanita-wanita' ini yang seksi dengan gaya menggoda. Artikel ini ditulis bukan dengan niat ingin menerangkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh golongan-golongan ini tetapi lebih kepada untuk mempersiapkan masyarakat dan orang ramai apa reaksi yang sebenarnya yang patut kita berikan, apabila kita berhadapan dengan mereka atau video mereka?
1. BOLEHKAH SAYA TONTON VIDEO MEREKA ITU?
Sebenarnya, tidak ada masalah untuk menonton video yang mereka muat naik itu cuma syaratnya ada.
2. APA SYARATNYA?
Syaratnya, jika anda merasakan ada keinginan nafsu syahwat pada mereka, sudah jatuh haram pada anda menonton video tersebut walaupun mereka sama jantina dengan anda.
3. ADAKAH SAYA GAY JIKA SAYA RASA SYAHWAT MENONTONNYA?
Tidak. Ini kerana mereka sudah menyerupai wanita jadi naluri kita tetap akan 'tergoncang' melihat mereka yang mempunyai badan seakan-akan wanita. Usahlah risau jika anda ada rasa 'tertarik' tu tetapi ingatlah, bila terbit rasa keinginan itu, hentilah menonton mereka-mereka ini.
4. BOLEHKAH SAYA BERKAWAN DENGAN GOLONGAN MEREKA?
Boleh. Berkawan dengan mereka tidak ada masalah. Berkawan dengan niat untuk cuba mengambil kesempatan tidak patut dilakukan.
5. BOLEHKAH SAYA BERSALAMAN DENGAN MEREKA?
Bergantung juga kepada nafsu. Adakah anda merasakan seronok ketika berpegangan tangan dengan mereka? Adakah wujud tarikan seksual pada anda apabila melihat mereka? Jika ya, anda tetap haram untuk bersalaman dengan mereka walaupun mereka lelaki.
6. JIKA ADA GOLONGAN INI YANG MENAYANGKAN 'BUAH DADANYA' PADA SAYA, ADAKAH BERDOSA SAYA MERENUNGNYA?
Dalam situasi ini, anda kena bezakan - katakanlah anda baru lepas main futsal berpeluh-peluh dan rakan anda membuka baju sehingga nampak puting, adakah puting dia merangsang anda? Jika dalam situasi itu tidak merangsang anda, tidak mengapa, lagipun berapa ramai lelaki yang tergoda dengan dada rakan sendiri? Namun jika anda terangsang serta ingin menghulurkan tangan apabila ditayangkan buah dada palsu, perbuatan itu ditegah oleh Islam dan jauhilah. Alihkanlah pandangan anda secepat mungkin sebelum tangan anda menyentuh tubuh mereka.
7. MENGAPA MASYARAKAT SEKARANG MEMPOPULARKAN MEREKA?
Kami tidak pasti mengapa. Hipotesis kami - terlalu ramai lelaki yang ingin mencabar kaum wanita supaya menghias diri lebih cantik berbanding lelaki-lelaki lembut ini yang pada fizikalnya, memang boleh dikatakan mampu mengalahkan majoriti wanita-wanita di luar sana. Mungkin anda ada pandangan lain, sila kongsikan.
8. SAYA TANYA LAGI SEKALI, PASTIKAH SAYA TAK GAY KALAU SAYA RASA GHAIRAH MELIHAT MEREKA?
Andaikan anda tidak tahu gambar di atas itu sebenarnya lelaki, siapa yang anda nampak? Anda akan nampak seorang wanita yang seksi. Dari segi potongan badan, punggung, alur dada dan gaya menggoda, memang mampu membuatkan sesiapa pun cair. Saya akui, jika saya tak tahu, saya akan katakan 'wanita' di dalam gambar di atas adalah seorang gadis yang cun-melecun.
Pada pendapat kami, tertarik kepada sesuatu yang kita nampak cantik dari segi luaran itu adalah normal dan tidaklah membuktikan kecenderungan untuk menjadi songsang. Seperti biasa, alihkanlah pandangan. Walau bagaimanapun, apabila anda sudah tahu dan apabila anda sudah jelas dia lelaki lalu anda masih lagi nak intai-intai, ya besar kemungkinan anda tidak normal.
9. JADI SEMUA JAWAPANNYA ADA PADA KITA?
'Benar. Kita perlu sedar walaupun pada asasnya berkawan dengan golongan ini tidaklah diharamkan tetapi amat mudah untuk situasi itu jadi haram, sebagai contoh terlihat bahagian-bahagian sulit yang mampu membuatkan kita terpesona. Apa reaksi kita itulah yang akan menentukan status perhubungan kita dengan mereka? Adakah syahwat kita dijentik atau kita yakin kita tidak langsung terasa sedikit pun daya tarikan pada mereka ini. Jika anda yakin anda langsung tidak ada tarikan pada mereka, tahniah kerana anda mungkin golongan lelaki minoriti.
10. APA SEBENARNYA YANG BERLAKU? KENAPA MEREKA NI TIBA-TIBA POPULAR?
Kerana masyarakat kita tidak peduli hal halal haram.
Itu saja penjelasan yang mampu kami berikan kerana terlalu mudah video-video yang memaparkan individu-individu songsang ini disebarkan merata-rata. Jika umat Islam di Malaysia kembali pada fitrah dan syarak, Insya Allah populariti mereka ini akan tenggelam serta ramai lelaki tidak lagi rasa bersalah, selepas tahu syahwat mereka digoda lelaki lain.
Adakah itu yang masyarakat kita mahu lakukan bersama-sama?
Wallahuall'lam.
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yiXe1l
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment