Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nazri: Bukan soal Islam, pesta arak ancam budaya Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nazri: Bukan soal Islam, pesta arak ancam budaya Malaysia

Nazri berkata pengharaman pesta arak tidak bermakna meminum arak tidak dbenarkan sama sekali di negara ini. — Foto ReutersNazri berkata pengharaman pesta arak tidak bermakna meminum arak tidak dbenarkan sama sekali di negara ini. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 12 Okt — Penganjurkan pesta arak tidak pernah menjadi budaya Malaysia dan tidak sekali-kali menjadi sebahagian daripada budaya kebangsaan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata dasar Kebudayaan kebangsaan yang digubal pada 1971 menggariskan antara lain bahawa kebudayaan kebangsaan mestilah berasaskan kepada budaya penduduk pribumi rantau ini dan Islam sebagai komponen penting dalam penggubalan dasar itu.

“Tolong faham, jangan fikir kami mengharamkan semua ini kerana kami adalah negara Islam tetapi ia bukan budaya kami, sama ada kami orang Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban untuk mengadakan pesta arak besar-besaran,” kata beliau pada Siri Kuliah Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) di sini hari ini.

Mohamed Nazri berkata keadaan berbeza, misalnya di Jerman atau Bavaria kerana kedua-dua negara tersebut adalah negara yang penduduknya minum arak dan juga negara-negara pengeluar arak.

“Mereka boleh mengadakan “Octoberfest” kerana mahu mempromosikan arak keluaran mereka, mereka adalah negara yang penduduknya minum arak dan negara pengeluar arak tetapi di negara ini, kita tidak mengeluarkan arak,” kata beliau.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa pengharaman pesta itu tidak bermakna bahawa minum arak tidak dbenarkan sama sekali di negara ini.

“Mereka boleh minum arak di pub, kerana boleh mengawal orang ramai sekiranya seseorang terangsang dan mabuk.

“Tetapi untuk menganjurkan pesta itu yang kita tidak dapat mengawal orang ramai, mungkin akan berlaku pergaduhan, sesetengah pengunjung mabuk dan tidak tahu apa yang mereka katakan,” katanya. — Bernama



Sumber Nazri: Bukan soal Islam, pesta arak ancam budaya Malaysia

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yf8sC4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.