Hi! Welcome Back and Stay Tune! 6 Sumbangan Kumpulan Hacker "Anonymous" Kepada Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

6 Sumbangan Kumpulan Hacker "Anonymous" Kepada Dunia

seorang penggodam memakai topeng sedang menggodam

Dalam senarai 12 hacker paling power di dunia, iluminasi.com ada menyelitkan satu kumpulan penggodam yang agak berbisa. Ia dikenali sebagai Anonymous yang bermaksud "tanpa nama". Anonymous adalah sebuah kumpulan penggodam topi putih tanpa apa-apa matlamat. Namun, mereka ingin memerangi penapisan berita, menggalakkan kebebasan bersuara dan juga menentang kerajaan yang menidakkan hak rakyat.

Pendek kata, prinsip yang dipegang oleh Anonymous adalah anti-penindasan. iluminasi.com ingin berkongsi 6 sumbangan Anonymous terhadap dunia.

1. Membantu menentang kezaliman kerajaaan Iran

pergolakan di iran

Selepas pemilihan semula Mahmud Ahmadinejad yang kontroversi dan dipertikai pada 2009, segala aktiviti pembangkang yang dilakukan dalam talian telah dikepung oleh pihak kerjaan. Laman sesawang pihak pembangkan dan media telah disekat, serta sambungan telefon bimbit juga terganggu semasa pemberontakan awam dilakukan selepas pilihan raya tersebut.

Ramai rakyat Iran tidak dapat akses internet dan ia membuatkan Anonymous terpaksa masuk campur. Anonymous telah memberikan cara yang sangat diperluka oleh rakyat Iran untuk melepasi sekatan dan mengakses internet. Campurtangan ini telah membantu rakyat Iran dalam kebebasan bersuara semasa berlakunya pemberontakan tersebut.

2. Menentang Rasuah Kerajaan Di Nigeria

korupsi teruk oleh kerajaan nigeria

Kumpulan penggodam ini telah mengisytiharkan perang siber terhadap kerajaan Nigeria pada tahun 2016. Anonymous bertindak sedemikian dalam memerangi rasuah dan rasa tak percaya rakyat terhadap kerajaan Nigeria. Anonymous telah mengarahkan ahlinya untuk mengambil alih laman sesawang rasmi kerajaan Nigeria termasuklah Kementerian Kewangan, Kementerian Luar Negeri, Jabatan Kehakiman serta Pentadbiran Wilayah Ibu Pejabat Persekutuan.

Laman-laman sesawang agensi-agensi tersebut telah digodam dalam masa beberapa jam sahaja. Anonymous juga mendakwa tindakan mereka itu juga disebabkan oleh rasuah yang berleluasa oleh pegawai kerajaan, pengangguran, buta huruf, dan juga penjagaan kesihatan yang sangat teruk di oleh kerajaan tersebut. Jika kerajaan Nigeria tidak menanggani masalah-masalah ini dengan segera, Anonymous berjanji akan membuat serangan susulan.

3. Perang terhadap pornografi kanak-kanak

pornografi kanak kanak

Antara salah satu pencapaian terbesar kumpulan penggodam ini adalah peperangan menentang pornografi dan eksploitasi kanak-kanak. Anonymous telah mendedahkan perusahaan yang menyediakan platform bagi jenayah siber kanak-kanak ini beroperasi. Mereka telah mendedahkan pemilik dan pengendali "Freedom Hosting" yang telah memberikan sokonga padu kepada pornografi kanak-kanak yang menggalakkan pedofil untuk menculik, mencabul dan merogol kanak-kanak.

Anonymous juga telah membantu penangkapan seorang pemangsa internet dan pedofil, Chris Forcand, pada Disember 2007. Mereka telah menyamar menjadi kanak-kanak dalam talian dan mengumpul bukti-bukti membuatkan Chris ditahan.

Lolita City, sebuah laman sesawang yang mengandungi 100 GB pornografi yang membolehkan para pedofil menonton kanak-kanak yang tak berdosa dieksploitasi, telah diserang oleh Anonymous menyebabkan ia kini terhapus.

4. Anonymous vs Los Zetas

anonymous vs los zetas

Iluminasi telah berkongsi mengenai Los Zetas, sindiket jenayah yang paling dahsyat, kejam dan canggih ketika ini di Mexico. Anonymous telah mengeluarkan sebuah video pada Oktober 2011 yang mendakwa ahlinya telah diculik oleh Los Zetas. Anonymous kemudiannya mengugut untuk mendedahkan semua rakan kongsi Los Zetas jika organisasi jenayah ini tidak membebaskan tahanan tersebut.

Sejurus selepas ugutan itu dibuat, Anonymous telah menggodam laman sesawang Gustavo Rosario Toress, bekas pendakwa raya bandar Tabasco. Laman web tersebut telah dicemari dengan komen-komen yang mengatakan beliau mempunyai kaitan dengan Los Zetas. Anonymous sekali lagi mengumumkan mereka akan mendedahkan ramai lagi penyokong Los Zetas daripada pegawai kerajaan, pada November 2011.

Takut dan goyah dengan ugutan itu, Los Zetas kemudiannya membebaskan tahanan tersebut sebelum masuk bulan November.

5. Serangan terhadap Korea Utara

serangan ke atas korea utara oleh anonymous

Matlamat utama kerajaanKorea Utara adalah untuk memiliki senjata nuklear paling hebat dan besar di dunia. Kerajaan Supreme Leader menggunakan hasil ekonomi yang dijana daripada perhambaan terhadap rakyatnya dengan melakukan ujian peluru berpandu dan teknologi satelit. 

Berasa bertanggungjawab, Anonymous membuat keputusan menggunakan kepakaran mereka ke arah menggodam Korea Utara dan telah mendapat sokongan seluruh dunia. Antara sebab utama yang mendorong penggodaman pertama adalah pelancaran satelit oleh Korea Utara. Selepas beberapa jam satelit Korea Utara dilancarkan pada Februari 2016, Anonymous telah berjaya menggodam 3 laman sesawang Korea Utara, dan beberapa lagi laman beberapa hari kemudian.

Penggodaman tersebut bertujuan mengganggu kelancaran komunikasi satelit dalam usaha mematahkan semangat pimpinan Korea Utara dan menghalang mereka melakukan pelancaran satelit lain.

6. Pengisytiharaa perang terhadap ISIS

anonymous vs isis

Anonymous telah mengisytiharkan perang terhadap organisasi pengganas ini dan penyokong mereka selepas ISIS mengaku bertanggungjawab ke atas serangan yang berlaku di Paris. Anonymous memulakan dengan menggodam lebih daripada 2,000 akaun media sosial yang berkaitan dan ISIS. Mereka juga telah menggodam dan menghapuskan beribu-ribu akaun media sosial yang menyokong kumpulan pengganas itu.

Sekali lagi perang diisytiharkan selepas serangan di Lapangan Terbang Brussel, Belgium. ISIS sekali lagi digoram dan beberapa laman sesawang dihapuskan, menyebabkan ISIS kerugian besar dalam bentuk mata wang digital. Sejak pengisytiharaan perang yang pertama, Anonymous telah menjejaskan kebolehan ISIS untuk beroperasi secara dalam talian menyebabkan kumpulan pengganas ini agak terbantut dan terjejas.

Rujukan :

1. Wired

2. Express

3. Verse

4. News Week

5. IB Times



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z1Mxhc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.