Ibu suruh anak buang air dalam mangkuk
BEIJING - CHINA. Sepatutnya si ibu temankan anak kecik pergi tandas, tapi kerana sifat pemalas, beliau berikan mangkuk dan menyuruh anaknya kecil ke dalamnya.
Menjijikkan, tetapi itulah yang terjadi di sebuah restoran di bandar Fangzhuang baru-baru ini.
Menurut laporan Shanghaiist, kejadian berkenaan disedari oleh pengunjung lain yang terkejut dengan tindakan kotor tersebut.
Si ibu pula dengan muka selamba mengatakan pihak restoran akan membersihkan mangkuk tersebut.
Kejadian tersebut yang tular bersama foto yang dimuatnaik menyebabkan seorang wartawan melawat restoran terlibat untuk pengesahan.
Seorang pekerja restoran tersebut mengesahkan kejadian berkenaan berlaku dan ianya kali pertama dalam tempoh 10 tahun beliau bekerja.
Tambahnya, keputusan wanita berkenaan 'langsung tidak diterima akal' kerana setiap tingkat restoran berkenaan dilengkapi dengan tandas.
Selain itu, mangkuk dan alatan terlibat sudah tidak boleh digunakan selepas kejadian. Sinar
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i7K0P6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment