Mohd Arshad Raji Raji : Surat terbuka kepada Pengerusi Kelab Veteran Komando, Cawangan Wilayah Persekutuan.
News Feed
Saya terpanggil bagi menyuarakan komen terhadap gelagat dan kelakuan Jamal Yunos, iaitu saorang Ketua Bahagian UMNO Sg. Besar, Selangor yang juga bergelar Dato Seri, dan pada awal tahun ini, telah dianugerahkan sebagai Ahli Kehormat Kelab Komando, Cawangan Wilayah Persekutuan,
Tidak perlulah saya huraikan satu persatu apakah gelagat yang telah dilakukan olih Jamal Yunos, yang saya rasa amat memalukan dan menjadi contoh yang tidak baik kepada anak muda Melayu dan bangsa Melayu. Kalaulah Jamal Yunos beranggapan bahawa gelagat dan kelakuannya itu bolih menarik perhatian anak muda Melayu untuk melihat dirinya sebagai ikon dan pejuang negara, maka saya katakan bahawa hanya orang yang kurang siuman saja yang akan menerima baik perbuatannya itu.
Saya sebagai saorang pesara Angkatan Tentera kurang senang bilamana Jamal Yunos dianugerah sebagai Ahli Kehormat Kelab Komando oleh Pengerusi Kelab Veteran Komando, Wilayah Persekutuan.
Saya ingin bertanya apakah criteria nya yang melayakkan Jamal Yun diberikan anugerahan tersebut? Adakah gelagat dan kelakuan nya itu dilihat sebagai satu perjuangan untuk bangsa dan negara? Adakah gelagat dan kelakuan Jamal Yunos itu bolih disamakan dengan perjuangan veteran komando ketika melawan komunis pada era 60'an hingga 80'an dulu?
Saya kenal ramai pegawai pegawai komando dan juga dikalangan lain lain pangkat, dan saya beri penghormatan yang amat tinggi pada mereka kerana mereka adalah pejuang sebenar yang telah berkorban nyawa mereka demi pertahanan maruah dan kedaulatan negara. Pernahkah Jamal Yunos bersama pejuang komando kita dalam operasi melawan komunis? Sudah tentu tidak, dan apakah sumbangan Jamal Yunos pada pertahanan dan keselatanan negara yang melayakkan dia dianugerah sebagai Ahli Kehormat Komando?
Demi menjaga nama baik pasukan komando sebagai satu pasukan elit yang telah banyak berjasa pada negara, dan bagi menjaga nama baik ahli ahli komando yang sudah bersara, maka saya gesa Pengerusi Kelab Veteran Komando Wilayah Persekutuan menarik balik anugerah Ahli Kehormat dari Jamal Yunos dengan sertamerta.
Partriot
✍ Sumber Pautan : ☕ steadyaku47
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xzUuxL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment