Hi! Welcome Back and Stay Tune! Emma Enggan Komen, Minta Tanya Kamal & Zahirah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Emma Enggan Komen, Minta Tanya Kamal & Zahirah

Baru-baru ini peminat dikhabarkan dengan berita hubungan Emma Maembong dan Kamal Adli semakin serius malah Emma pernah memberitahu media dia sebolehnya mahu terus bernikah tanpa ikatan pertunangan.

Bagaimanapun, menerusi laporan BH online, Emma enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya bersama pelakon lelaki itu buat masa ini.

Pelakon drama Awak Suka Saya Tak ini sebaliknya meminta persoalan mengenai status perhubungan mereka diajukan kepada Kamal Adli dan aktres Zahirah Macwilson.

“Maaf, buat masa ini saya tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

“Sebarang persoalan mengenai status hubungan kami boleh diajukan kepada Kamal atau Zahirah,” katanya.

Status hubungan mereka tiba-tiba menimbulkan tanda-tanya selepas Kamal memuat naik gambar terbaru dan meminta semua pihak mendoakan perkara yang baik saja buat mereka.

Jawapan Emma turut menambahkan lagi teka-teki mengenai hubungan cintanya bersama aktor terbabit, apatah lagi apabila beliau turut memetik nama Zahirah.

Sebelum ini, Kamal dan Zahirah menarik perhatian ramai menerusi gandingan mereka dalam drama berjudul Duda Pujaan Dara.

Sementara itu, meskipun tidak meletakkan label terhadap hubungan mereka, Emma dan Kamal mula rapat sejak tiga tahun lalu.

Manakala Zahirah pula sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelakon Zul Ariffin.

The post Emma Enggan Komen, Minta Tanya Kamal & Zahirah appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i6xJuo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.