Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja perempuan didera, dirogol dan dipaksa jilat kemaluan isteri suspek - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja perempuan didera, dirogol dan dipaksa jilat kemaluan isteri suspek

KAJANG, Selangor - Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mendakwa dia telah dirogol dan didera sepasang suami isteri sejak Julai lalu, lapor Berita Harian. 
Mangsa yang tidak bersekolah itu berkata, dia keluar dari rumah mengikut teman lelakinya yang berusia 18 tahun dan tinggal di rumah suspek, di sebuah pangsapuri di Bukit Mewah.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, mangsa telah membuat laporan kelmarin dan hasil siasatan awal mendapati, mangsa dan teman lelakinya telah dibawa suspek ke Melaka pada Februari sehingga Jun lalu. 
"Pada Julai, mangsa dan teman lelakinya dibawa bekerja di sebuah kedai besi buruk milik suspek di Bandar Teknologi. Namun sejak bekerja bersama suspek, mangsa dan teman lelakinya didakwa sering dipukul menggunakan kayu, paip, besi dan penyangkut baju serta tangan oleh suspek dan isterinya. 
"Mereka akan dipukul jika melakukan kerja yang tidak memuaskan hati. Mangsa juga mendakwa dirogol beberapa kali dan dipaksa menjilat kemaluan isteri suspek," katanya. 
Bagaimanapun, pada September lalu, teman lelaki mangsa berjaya melarikan diri, manakala mangsa melarikan diri pada 3 Oktober lalu dengan bantuan seorang lelaki yang tidak dikenali yang menghubungi bapa mangsa. 
"Hasil pemeriksaan doktor di Hospital Kajang mendapati, terdapat kesan koyakan lama di kemaluan mangsa serta kesan parut dan luka di bahagian telinga kanan, leher, belakang badan, kedua-dua belah tangan dan kaki mangsa yang dipercayai dipukul," katanya. 
Kes disiasat mengikut Seksyen 376/324 Kanun Keseksaan dan polis sedang giat mengesan kedua-dua suspek. 


Sumber Remaja perempuan didera, dirogol dan dipaksa jilat kemaluan isteri suspek

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yjlxMK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.