'Saya Nekad Mahu Cerai!'- Joy Menangis, Tekad Mahu Cerai
Hari ini Joy Revfa telah membuat satu press conference untuk memberitahu bahawa pernikahan dan perceraian antara dia dan suami terdahulu Datuk Ray adalah sah.
Oleh itu pasangan ini akan menunggu tarikh 9 November untuk pengesahan perkahwinan antara Joy Revfa dan Hafiz Hamidun pula.
Walau bagaimanapun, Joy Revfa telah nekad memilih untuk meneruskan penceraian dengan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun.
Menurut Joy, walaupun mahkamah memutuskan pernikahannya dengan Hafiz sah sekali pun, dia tetap dengan keputusan menamatkan perkahwinan tersebut.
Ini kerana menganggap Hafiz Hamidun meruapkan suami yang tidak bertanggungjawa serta tidak mampu memberi nafkah.
Ini komennya:
"Apa guna kalau bergelar suami-isteri sedangkan tiada lagi perasaan sayang itu. Cukuplah! Ini pengajaran untuk saya.
"Secara peribadi dia bukan seorang suami yang bertanggungjawab. Dia sepatutnya berada di sisi saya, bukannya melarikan diri apabila timbul isu begini.
"Saya tak mahu ulas mengenai soal hubungan kami sebagai suami dan isteri kerana ia hanya akan memalukan dia. Syukur, dia dah failkan penceraian terhadap saya,"
Sementara itu, Joy Revfa memaklumkan Hafiz Hamidun cuba mengelakkan diri ketika diajak berbincang tentang status perkahwinan mereka.
Ini katanya lagi:
"Saya telah berusaha menghubungi Hafiz, namun dia tidak mengambil peduli mengenai masalah rumah tangga mereka.
"Sejujurnya, selalu mesej minta dia berdamai, tapi dia tak layan. Itu yang saya kesal kerana dia tak mahu bincang secara baik,"
Joy Revfa turut mendedahkan dia telah menolak lamaran pertaam dari Hafiz Hamidun namun turut memaklumkan Hafiz sebelum ini berkeras ingin meneruskan perkahwinan meskipun sudah mengetahui dia masih belum menerima surat penceraian yang sah.
Hafiz Hamidun juga didakwa berjanji untuk menyelesaikan isu penceraian terdahulunya.
Ini komen Joy tentang hal ini:
"Saya tolak lamaran pertama kerana saya masih belum mendaftarkan perceraian tapi dia tetap nak berkahwin.
"Dia kata dia boleh selesaikan isu ini selepas pernikahan, malah ibu saya percaya Hafiz mampu membimbing saya dan akhirnya kami menerima lamaran Hafiz Hamidun,"
Beberapa kali Joy Revfa ada berasa sebak dan mengalirkan air mata ketika berbicara terutama ketika merasa teraniaya dengan apa yang berlaku kepada nya sebagai seorang isteri.
Untuk pengetahuan, ketika Joy Revfa membuat sidang medianya petang tadi, Hafiz Hamidun terlebih awal memfailkan permohonan untuk bercerai dengan Joy.
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gzgYEt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment