Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Dia menjerit minta saya ke tandas, ingatkan..” – Ungku Hariz flashback waktu Jihan disahkan hamil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Dia menjerit minta saya ke tandas, ingatkan..” – Ungku Hariz flashback waktu Jihan disahkan hamil

Pelakon Ungku Hariz tidak menyangka bakal bergelar bapa dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Mengimbas semula detik awal mengetahui isterinya, Jihan Muse hamil, Ungku Hariz memberitahu dia dipaksa Jihan ke tandas untuk memeriksa ‘sesuatu’ yang mencurigakan.

 

"Dia menjerit minta saya ke tandas, ingatkan.." - Ungku Hariz flashback waktu Jihan disahkan hamil

“Dia menjerit minta saya ke tandas, ingatkan..” – Ungku Hariz flashback waktu Jihan disahkan hamil

 

“Saya sedang menonton televisyen ketika itu tiba-tiba Jihan menjerit dan meminta saya ke tandas. Ingatkan ada lipas atau cicak.

“Rupa-rupanya dia mahu tunjukkan saya keputusan ujian kehamilan di tepi sinki.

“Reaksi saya ketika itu terkesima sebenarnya. Kami tidak terkinja-kinja suka atau menangis terharu sebab saya ingatkan dia cuba prank saya.

“Rupa-rupanya kejutan itu lebih besar daripada lipas,” katanya yang ditemui pada majlis sambutan hari jadi sahabat karibnya, Mark Adam di De Laman, Bukit Jelutong, Selangor baru-baru ini.

Ungku Hariz, 32, mengakui tanggungjawab bergelar bapa memang berat namun dia mendapatkan nasihat daripada keluarga dan kenalan rapatnya yang sudah berkeluarga pada usia muda.

“Tak terfikir pun untuk menggalas tanggungjawab sebagai bapa tetapi sebenarnya seperkara yang saya belajar, kita tidak akan pernah bersedia selagi tidak melaluinya,” tambah Ungku Hariz.

Sementara itu, dedah Ungku Hariz baik dia mahupun Jihan, mereka tidak mengalami alahan teruk ketika awal kandungan.

“Syukur Alhamdulillah sepanjang tempoh awal kandungan Jihan semuanya dipermudahkan. Jihan tidak mengalami alahan teruk atau mengidam yang bukan-bukan,” katanya.

Jihan kini sedang hamil lima bulan dan dijangka bersalin pada awal tahun 2018.

Ungku Hariz atau nama sebenarnya Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli telah mendirikan rumah tangga dengan pengacara televisyen dan pelawak terkenal Jihan Muse pada 20 Mac 2016.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @ungkuhariz @jihanmuse

Via: Gempak



Sumber “Dia menjerit minta saya ke tandas, ingatkan..” – Ungku Hariz flashback waktu Jihan disahkan hamil

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yivYQP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.