Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Dia Menjerit Minta Saya Ke Tandas, Lepas Tu.." - Ungku Hariz Dedah Momen Dapat Tahu Jihan Hamil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Dia Menjerit Minta Saya Ke Tandas, Lepas Tu.." - Ungku Hariz Dedah Momen Dapat Tahu Jihan Hamil

dia menjerit minta saya ke tandas lepas tu ungku hariz dedah detik cemas dapat tahu jihan hamil

Kredit foto: Instagram Jihan Muse & Instagram Ungku Hariz

Aktor Ungku Hariz akui tidak menjangka status 'bapa' yang bakal dipegangnya beberapa bulan lagi.

Menceritakan semula detik cemas sewaktu isterinya, pelawak Jihan Muse memberitahu kehamilan, Hariz terpaksa berkejar ke tandas selepas namanya dilaungkan. 

"Saya sedang menonton televisyen ketika itu tiba-tiba Jihan menjerit dan meminta saya ke tandas. Ingatkan ada lipas atau cicak.

"Rupa-rupanya dia mahu tunjukkan saya keputusan ujian kehamilan di tepi sinki.

"Reaksi saya ketika itu terkesima sebenarnya. Kami tidak terkinja-kinja suka atau menangis terharu sebab saya ingatkan dia cuba prank saya.

"Rupa-rupanya kejutan itu lebih besar daripada lipas," katanya memetik laporan portal Astro Gempak.

Hariz membuat kenyataan tersebut di majlis sambutan hari lahir penyanyi Mark Adam yang berlangsung di De Laman, Bukit Jelutong, Selangor baru-baru ini.

Dalam pada itu, Hariz atau nama penuhnya Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli berkata, demi menjayakan peranan sebagai seorang bapa, dia mendapatkan nasihat orang terdekat termasuk keluarga dan kawan rapat yang berkeluarga sejak usia muda.

"Tak terfikir pun untuk menggalas tanggungjawab sebagai bapa tetapi sebenarnya seperkara yang saya belajar, kita tidak akan pernah bersedia selagi tidak melaluinya," beritahunya.

Sementara itu, aktor berusia 32 tahun itu memaklumkan mereka suami isteri tidak mempunyai sebarang alahan yang teruk sepanjang proses awal kehamilan.

"Syukur Alhamdulillah sepanjang tempoh awal kandungan Jihan semuanya dipermudahkan. Jihan tidak mengalami alahan teruk atau mengidam yang bukan-bukan," katanya lagi.

Difahamkan, kandungan Jihan kini sudah berusia lima bulan dan dijadualkan bersalin pada awal tahun hadapan.

Pasangan tersebut bernikah pada 20 Mac 2016.

Sumber berita: Astro Gempak 


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kK8pev

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.