Kronologi Kesan Pengambilan Syabu Terhadap Otak Dan Badan Dalam Masa Yang Singkat
Dadah syabu adalah antara dadah yang paling popular di seluruh dunia. Ia juga dipopularkan dalam filem drama "Breaking Bad". Nama lain bagi syabu antaranya adalah kristal, kristal meth atau d-meth, ais dan batu, adalah jenis methamphetamine yang tulen dan paling kuat.
Secara lazimnya ia berbentuk serbuk atau kristal, dan biasanya disedut melalui hidung, disuntik atau dihisap untuk mendapatkan keseronokan dan khayal. Pada tahun 2012, Malaysia merupakan negara ke-3 tertinggi dalam kes tangkapan methamphetamine di Asia Tenggara dengan 74,460 kes.
Namun, apakah yang dirasakan oleh pengguna dadah ini, ketika disuntik atau dihisap, selepas beberapa jam kemudian dan keesokan harinya?
1 jam pertama
Menurut Dr Nicole Lee, Profesor Madya di Institut Penyelidikan Dadah Kebangsaan Universiti Curtin, kesan pengambilan syabu ke atas seseorang bergantung kepada bentuk, cara pengambilan dan jumlah yang diambil. Kebanyakan daripada mereka akan menghisap, menyuntik atau menelan pil. Ada juga yang melarutkan ke dalam air dan meminumnya.
Cara yang paling cepat untuk merasakan kesan syabu adalah dengan menghisap. Dalam masa beberapa minit sahaja individu akan menjadi khayal, dan jika diminum, perut harus menghadamkannya terlebih dahulu mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum "high".
Apa yang mereka rasa ketika mengambil syabu? Kesan paling cepat daripada syabu adalah rasa seronok yang amat sangat. Pengguna akan mempunyai tenaga yang banyak dan mampu berfikir dengan jelas. Mereka berasakan mereka mampu membuat keputusan yang betul dan merancang dengan baik.
Mengapa mereka rasa begitu? Ia adalah kerana kesan dari methamphetamine menyebabkan tahap hormon dopamine dalam otak meningkat secara dramatik, sehingga 1,000 kali ganda tahap normal. Jumlah ini adalah sangat tinggi berbanding kesan mana-mana dadah atau aktiviti yang menyeronokkan yang lain.
Kesan fizikal yang boleh dilihat pada pengguna syabu adalah anak mata menjadi besar, degupan jantung dan kadar pernafasan menjadi pantas, kurang selera makan dan peningkatan nafsu seks.
Keesokan hari
Kesan daripada pengambilan syabu boleh bertahan di antara 4 hingga 12 jam. Namun, ia boleh dikesan melalui darah atau air kencing sehingga 72 jam. Kira-kira selepas 24 jam pengambilan syabu, kesannya akan berkurangan menyebabkan pengguna menjadi lebih tenang dan relaks.
Ketika ini, pengguna akan berasa bertentangan dengan apa yang mereka rasa ketika mereka khayal. Mereka akan mengalami masalah untuk membuat keputusan, tak mampu fokus dan sukar merancang. Ia disusuli dengan sakit kepala, pandangan menjadi kabur serta mula berasa lapar.
Berasa murung, gelisah dan cemas itu adalah perkara biasa. Mereka akan berasa sangat letih dan mampu tidur seharian atau dua hari walaupun kadang-kadang mengalami kesukaran untuk tidur. Sesetengah daripada pengguna mungkin akan menjadi cepat marah, atau mengalami gejala psikotik seperti paranoid dan halusinasi.
Penggunaan berulang
Selepas pengambilan syabu dalam dos yang tinggi, atau kerap, kesan keseronokan yang dirasai akan semakin berkurangan. Mereka akan sentiasa memerlukan dos yang lebih tinggi daripada sebelumnya untuk kembali berasa seronok. Secara fizikalnya, mereka akan berasa jantung berdebar, peningkatan kadar pernafasan, suhu badan meningkat, mulut kering. Pengguna juga akan mengalami mual dan muntah.
Bagi mereka yang mengambil dos berlebihan atau mengalami tahap toksik kritikal, strok atau kegagalan jantung serta sawan boleh berlaku. Dos berlebihan juga mampu membuatkan pengguna berasa gelisah dan agresif, menyebabkan perasaan paranoid yang sangat teruk dan menjadi psikotik.
Kesan ini adalah disebabkan oleh pelepasan bahan kimia yang dikenali sebagai noradrenaline oleh methamphetamine, yang mendorong respons untuk bergaduh, atau melompat / terbang.
Pengguna yang mengalami strok biasanya akan dibawa ke jabatan kecemasan, dan mencetuskan masalah kepada pihak hospital. Mereka menunjukkan tanda-tanda strok dan dalam masa yang sama sangat gelisah dan agresif.
Syabu dan sakit mental
Hampir 1 daripada 4 pengguna methamphetamine secara kerap mengalami gejala sakit mental. Ia menyebabkan pengguna menjadi terlalu curiga, mempunyai kepercayaan aneh mengenai sesuatu yang tidak munasabah, atau mendengar atau melihat sesuatu yang tak wujud, atau halusinasi.
Tahap kesan yang dirasai oleh pengguna adalah berlainan, dan mampu bertahan di antara 2 hingga 3 jam. Namun, ia boleh menjadi sangat teruk dan berterusan sehingga beberapa hari. Bagi yang mengalami skizofrenia, mereka sangat cenderung untuk mengalami masalah mental selepas menggunakan methamphetamine, berbanding pengguna lain.
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ybU0xb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment