Hi! Welcome Back and Stay Tune! ASUS ROG Zephyrus GX501 Terlajak Laris Di Malaysia – 12 Unit Dijual Dalam Masa 2 Minggu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ASUS ROG Zephyrus GX501 Terlajak Laris Di Malaysia – 12 Unit Dijual Dalam Masa 2 Minggu

Sebulan yang lalu, ASUS Malaysia membawa masuk laptop gaming paling berkuasa mereka setakat ini, ASUS ROG Zephyrus GX501 ke pasaran tempatan untuk mereka yang mahukan sebuah laptop gaming yang bukan sahaja berkuasa, tetapi nipis dan mudah untuk dibawa kemana-mana.

Kami baru sahaja mendapat tahu bahawa pihak ASUS Malaysia telahpun menjual 12 unit laptop ASUS ROG Zephyrus tersebut dalam masa dua minggu selepas kehadiran laptop tersebut diumumkan.

Bagi mereka yang tidak mengenali laptop ini, ia sebuah laptop gaming bersaiz 15.6 inci yang dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-7700HQ, memori DDR4 sebanyak 16GB, storan SSD PCIe dan juga sebuah kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080.

Apa yang menarik mengenai laptop ini ialah kad grafik tersebut direka menggunakan teknologi NVIDIA Max-Q yang membolehkan pembuat-pembuat laptop seperti ASUS untuk membina laptop yang bukan sahaja berkuasa, tetapi nipis. Laptop ASUS ROG Zephyrus ini mempunyai ketebalan 17.9mm pada bahagian yang paling tebal, dan 16.9mm pada bahagian yang paling nipis.

Apa-apa pun, kami berasa cukup terkejut bahawa ASUS telahpun menjual 12 laptop-laptop ASUS ROG Zephyrus ini kerana setiap satu model laptop ini hadir dengan tanda harga mampu terbeliak RM15999 yang cukup bangsawan sekali.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yifQyW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.