Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bas elektrik di Putrajaya beroperasi tahun depan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bas elektrik di Putrajaya beroperasi tahun depan

Putrajaya dijangka memiliki 150 bas elektrik pelbagai jenis termasuk bas panjang dan bas mini menjelang 2025. — Foto ihsan Facebook/Faris SallehPutrajaya dijangka memiliki 150 bas elektrik pelbagai jenis termasuk bas panjang dan bas mini menjelang 2025. — Foto ihsan Facebook/Faris SallehPUTRAJAYA, 12 Okt — Putrajaya dijangka memiliki lima bas elektrik yang akan memulakan operasi di tiga laluan menjelang suku kedua tahun depan dalam fasa pertama.

Pengarah urusan Green Energy Transportation Solution (GETS) Global Bhd, Datuk Che Azizuddin Che Ismail berkata tiga laluan itu melibatkan laluan biru yang basnya akan bergerak dari satu kementerian ke satu kementerian lain pada waktu pejabat, laluan kuning bagi kawasan perumahan sementara laluan hijau sebagai pengangkutan awam untuk pelancong.

“Bas elektrik ini akan menggantikan 49 buah bas sedia ada yang menggunakan gas asli (NGV) yang basnya sudah berusia 13 tahun. Faktor bekalan NGV yang semakin terhad turut mendorong bas NGV digantikan dengan bas elektrik.

“Menjelang 2025, Putrajaya dijangka memiliki 150 bas elektrik pelbagai jenis termasuk bas panjang dan bas mini yang akan dibawa masuk secara berperingkat mulai suku kedua tahun depan.

“Ini melibatkan kos RM200 juta,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara GETS Global dan Putrajaya Leisures and Services Group Sdn Bhd (Pulse Group).

Mengenai penggunaan bas di Putrajaya, Che Azizuddin berkata pada masa ini daripada 90,000 penduduk Putrajaya, hanya 50 peratus yang menggunakan pengangkutan awam.

“Penduduk Putrajaya dijangka mencecah 350,000 pada 2025. Dalam hal ini, GETS Global melihat bandar raya Beijing sebagai model yang mempunyai penduduk ramai dengan sistem pengangkutan awam yang efisien dan perlepasan karbon yang minima,” katanya. — Bernama



Sumber Bas elektrik di Putrajaya beroperasi tahun depan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gcXHMe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.