Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Pengeluar US Naik Melebihi Jangkaan Pasaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Pengeluar US Naik Melebihi Jangkaan Pasaran

Harga pengeluar (PPI) U.S meningkat bagi bulan September berikutan harga tenaga (minyak, gas) yang menunjukkan peningkatan yang besar dalam tempoh melebihi 2 tahun.

Walaupun badai yang menimpa telah memberi kesan kepada data, namun terdapat indikasi bahawa harga pengeluar dan pasaran buruh semakin mengukuh. Hal ini, membolehkan Fed untuk meningkatkan kadar faedah sekali lagi pada bulan Disember.

Menurut Jabatan Buruh, Indeks harga pengeluar bagi permintaan terakhir meningkat sebanyak 0.4% pada bulan lepas berbanding kenaikan sebanyak 0.2% pada bulan Ogos. Harga jualan borong juga meningkat disebabkan peningkatan kos perkhidmatan. Dalam tempoh 12 bulan sehingga bulan September (data tahunan), PPI meningkat 2.6%. Peningkatan ini merupakan peningkatan tertinggi sejak Februari 2012 dan diikuti dengan peningkatan 2.4% pada bulan Ogos.

Harga borong gasolin meningkat 10.5% pada bulan September selepas meningkat 9.5% pada bulan Ogos. Peningkatan ini merupakan peningkatan tertinggi sejak Mei 2015 dan mewakili 2/3 iaitu 0.7% peningkatan harga barangan. Menurut Jabatan Buruh, peningkatan harga minyak (energy prices) didorong oleh pengurangan kapasiti penapisan di sekitar Gulf Coast berikutan badai Harvey.

Berdasarkan laporan, badai Harvey dan Irma merosakkan beberapa kawasan di Florida, secara asas tidak memberi impak terhadap kaji selidik PPI. Badai tersebut yang melanda pada akhir bulan Ogos dan awal bulan September, telah menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan.

Selain itu, badai tersebut juga telah mengurangkan perbelanjaan pengguna dan pengeluaran industri, pembuatan rumah dan jualan rumah.

The post Harga Pengeluar US Naik Melebihi Jangkaan Pasaran appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gfyTDb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.