Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Wanita itu gagal tunjuk bukti haiwan itu miliknya' - MDKP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Wanita itu gagal tunjuk bukti haiwan itu miliknya' - MDKP

KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN - Viral di media sosial seorang wanita kesal dengan tindakan pihak Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) yang didakwa telah menghapuskan seekor anjing miliknya. 
"Saya menghubungi pihak bomba untuk menyelamatkan anjing saya yang tersangkut dalam longkang. Bomba tidak dapat membantu, lalu mereka menghubungi pihak Majlis Daerah Kuala Pilah untuk membantu. 
"Mereka keluarkan anjing saya dan hapuskan serta merta dalam masa yang sama walaupun saya sudah maklumkan bahawa haiwan itu adalah anjing peliharaan saya. 
"Semua keluarga saya bersedih dengan sistem mereka dan lelaki ini sangat kejam. Tolong bantu saya, saya mahukan keadilan untuk anjing saya," Lily Devan di Facebooknya pada 10 Oktober, Selasa. 
Bagaimanapun, Pegawai MDKP, Syahrul Nizam Saleh mempertahankan tindakan pihak berkuasa yang melupuskan anjing berkenaan dengan menyuntiknya kelmarin. 
"Kami melakukannya mengikut prosedur dan wanita itu gagal menunjukkan bukti haiwan itu miliknya. 
Lapor Harian Metro, anjing terbabit ditemui terperangkap dalam longkang dan masih hidup di belakang Dewan Datuk Bahaman, Taman Bukit Pilah Perdana. Namun ketika kerja menyelamatkannya dilakukan, wanita berkenaan tampil mendakwa haiwan itu miliknya. 
"Ketika anggota penguat kuasa MDKP bersedia untuk melupuskan anjing dengan cara suntikan, namun wanita itu tiba-tiba muncul. 
"Disebabkan gagal seperti yang diminta, MDKP mengambil tindakan berdasarkan Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1) Perlesenan Anjing MDKP 1991 yang menyatakan bahawa mana-mana anjing disimpan dalam kawasan hendaklah mendapat lesen daripada Yang Dipertua MDKP. 


“Selain itu, berdasarkan UUK 3(2) Perlesenan Anjing MDKP 1991, mana-mana orang mempunyai, menyimpan atau menyenggara seekor anjing tidak berlesen adalah melakukan satu kesalahan.
“Berdasarkan UUK 6, Perlesenan Anjing MDKP 1991, anjing hendaklah memakai lencana setiap masa. Manakala UUK 7(1) Perlesenan Anjing MDKP 1991, mana-mana anjing berusia lebih tiga bulan yang dijumpai di tempat awam tanpa memakai lencana pada leher boleh dilupuskan.
“Selain itu, berdasarkan UUK 8 (2), Perlesenan Anjing MDKP 1991, anjing hendaklah diikat apabila dibawa keluar dari rumah dan UUK 8(3), Perlesenan Anjing MDKP 1991, tiada anjing boleh dibiarkan bebas tanpa pengawasan pemilik,” katanya. 


Sumber 'Wanita itu gagal tunjuk bukti haiwan itu miliknya' - MDKP

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gd48ij

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.