Hi! Welcome Back and Stay Tune! 100 buah rumah rosak dilanda ribut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

100 buah rumah rosak dilanda ribut

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 100 buah rumah mengalami kerosakan dalam kejadian ribut yang melanda di beberapa buah Kampung sekitar Manir, Terengganu.

Kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu menyebabkan bumbung rumah penduduk tercabut selepas dilanda angin kencang selama 15 minit.

Antara yang terlibat Kampung Kubang Bujuk, Kampung Kesom  dan Perumahan Awam Kos Rendah Batu Hampar.

Seorang penduduk Abdullah Yusof, 51, berkata ketika kejadian dia sedang berehat di luar rumah sebelum angin kuat melanda lantas disusuli hujan lebat.

Katanya, selama 18 tahun menghuni dikawasan tersebut itulah kejadian paling teruk yang dialami mereka.

“Panik tengok angin kuat sebelum disusuli hujan. Saya lantas berlari ke dalam rumah bagi menyelamatkan diri dan ahli keluarga yang lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya pada Ahad.

Sementara itu seorang suri rumah Wan Siah Muda, 58, tidak putus berdoa dan melaungkan azan bila melihat situasi berkenaan.

“Memang takut masa itu, saya hanya fikir untuk menyelamatkan suami yang menghidapi penyakit strok sejak 18 tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun insiden itu tidak mengakibatkan kecederaan jiwa.



Sumber 100 buah rumah rosak dilanda ribut

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2guK5bE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.