6 Sebab Anda Tidak Patut Berhenti Kejar Impian Anda.
#1-Ia Akan Sentiasa Menganggu Fikiran Anda.
Tidak kisahlah apa pun matlamat anda dalam hidup, jika anda tidak berusaha mencapai apa yang anda mahu dengan sepenuhnya dan sesungguhnya, anda mungkin akan menyesal dan akan sentiasa dihantui dengan persoalan dengan “Kalau”, “What ifs” dan banyak lagi.
Anda akan tertanya-tanya bagaimana hidup anda pada waktu sekarang akan berubah sekiranya anda membuat pilihan dan keputusan yang berlainan pada waktu dahulu.
Paling anda sesalkan adalah anda tidak menggunakan sepenuhnya waktu muda anda, tenga anda, bakat anda untuk merealisasikan impian anda sewaktu berpeluang.
Tidak kiralah apapun impian anda, jika anda tidak mengejar cita-cita dan impian yang anda idamkan, anda pasti akan sentiasa rasa menyesal dan berharap dapt putarkan kembali waktu.
#2-Rasa Kurang Percaya Kepada Diri Sendiri.
Apabila kita tidak berjaya mencapai apa yang kita impikan, kadar keyakinan kita terhadap diri sendiri akan menurun.
Kelak pada masa hadapan, kita mungkin akan rasa ragu-ragu jika kita layak atau dapat melakukannya atau tidak.
Walaupun punyai bakat dan pengetahuan, namun mereka akan sering berasa dilema untuk mencapai impian mereka kerana mereka tiada keyakinan yang mereka dapat melakukannya setelah melepaskan peluang berkali-kali di depan mata.
Benarlah antara kata-kata hikmah oleh Robert Kuok. Kata beliau, “Sesiapa yang tidak menggunakan peluang yang ada dan tidak berbuat apa-apa akan kekal miskin selama-lamanya.”.
Ini mungkin kedengaran kejam dan pahit untuk diterima namun ada benarnya.
Bukan sekadar harta kekayaan akan tetapi apa sahaja dalam kehidupan kita, jika kita tidak melakukan apa-apa usaha untuk mencapainya, kita akan kekal di takuk yang lama.
Lama-kelamaan bertambah sukar untuk kita mengubahnya jika kita sendiri tidak berkeupayaan untuk membuat keputusan dan bertindak.
#3-Anda Tidak Akan Mengetahui Sejauh Mana Potensi Diri Anda.
Jika anda tidak keluar daripada zon selesa anda, anda tidak akan pernah dapat melakukan apa yang impikan kerana selalunya kita harus melalui jalan kesusahan sebelum mendapat kesenangan.
Jadi, jika anda tidak mencabar diri anda sendiri tak tidak rela bersusah payah, anda tidak akan pernah tahu sejauh mana kekuatan anda, potensi anda dan kebolehan survivor anda.
Bersemangat dan yakinlah dalam mengejar kehidupan, keajaiban dalam hidup pasti akan muncul bagi mereka yang berusaha dan yang mempercayainya.
#4-Anda Akan Sentiasa Takut Dengan Cabaran Yang Baharu.
Untuk menghadapi cabaran dalam hidup anda harus mempunyai ketabahan yang menggunung.
Jika anda mudah untuk berputus asa dan cepat berpuas hati sebelum mencuba, anda akan berisiko untuk lebih gagal lagi berbanding dengan memberanikan diri untuk mengambil risiko dan mempunyai 50% kemungkinan untuk berjaya.
Sudah tentu pilihan kedua lebih baik untuk memungkinkan anda mencapai impian anda dan begitulah sebaliknya.
#5-Semangat Juang Anda Akan Pudar.
Apa yang paling menakutkan jika anda tidak mencapai apa yang anda inginkan yakni mengorbankan impian anda sendiri untuk sebab-sebab yang tertentu, anda mungkin akan hilang semangat untuk meneruskan kehidupan dan cita-cita anda yang lain seperti dahulu.
Contohnya, jika anda melupakan impian anda sendiri untuk orang lain seperti ibu-bapa atau pasangan, jika anda sendiri tidak redha sepenuhnya, ada kemungkinan besar yang anda akan mudah untuk berputus asa dengan masa depan anda sendiri dan hilang keseronokan dalam menjalani kehidupan.
#6-Anda Akan Wujudkan Tabiat “Mudah Give Up”.
Jika anda tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian anda, lama-kelamaan anda akan melakukan perkara yang sama dengan perkara-perkara yang mendatang dalam kehidupan anda.
Mengalah sebelum mencuba habis-habisan dan ini akan manjadi tabiat baharu anda.
Sedar atau tidak, tabiat ini akan mempengaruhi hidup anda dan membuatkan anda kekal dalam persekitaran yang negatif.
Ingatlah yang setiap kali kita tidak mencapai apa yang kita inginkan, itu tidak bermakna yang kita perlu mengalah.
Jika kita mengalah setiap kali kita tidak berjaya, pasti kita akan jauh daripada kejayaan yang didambakan.
Berhenti atau mengalah bukanlah caranya sebaliknya teruskan usaha dan cuba lagi dan lagi hingga kita berjaya mencapainya.
Sumber 6 Sebab Anda Tidak Patut Berhenti Kejar Impian Anda.
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kpJfBO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment