Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amin Senin Ketua Pengarah Pelajaran Baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amin Senin Ketua Pengarah Pelajaran Baharu

PUTRAJAYA – Datuk Dr Amin Senin dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran baharu mulai 19 Okt, umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Pelantikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) itu bagi menggantikan Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.

Dalam kenyataan mengumumkan pelantikan itu hari ini, Ali berkata ia adalah berdasarkan ciri kepimpinan, kelayakan, pengalaman dan kompetensi yang dimiliki Amin khususnya dalam bidang pengurusan dan pembangunan pendidikan.

Amin, 57, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih 33 tahun mulai 1 Ogos 1984.

Selain itu, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Institut Aminuddin dan Timbalan Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Ali dalam pada itu bagi pihak kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Khair atas sumbangan dan khidmat bakti beliau selama lebih 35 tahun dalam perkhidmatan awam. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yw4EPd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.