Pengawal Keselamatan Pukul, Aibkan Polis Didakwa
PETALING JAYA – Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap pertuduhan memukul dan menggunakan perkataan mengaibkan terhadap seorang anggota polis.
N. Ganesan, 40, didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam iaitu Koperal Che Shazlan Adli Nawi daripada menjalankan kewajipannya dengan memukul bahagian tepi kepalanya di tempat letak kereta Pangsapuri Seroja, Taman Puchong Perdana, Puchong, di sini, pada 8.30 malam, 15 Okt lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Ganesan didakwa dengan sengaja menggunakan perkataan yang mengaibkan dan menunjuk isyarat lucah kepada anggota polis itu di tempat, tarikh dan masa sama mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM100, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah.
Majistret Fadzlin Suraya Mohd Suah membenarkan Ganesan diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 14 Nov untuk sebutan semula kes. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yw4CH5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment