Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amuk Kerana Cemburu Sepupu Mahu Berkahwin Dengan Orang Lain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amuk Kerana Cemburu Sepupu Mahu Berkahwin Dengan Orang Lain


Amukan seorang penganggur bertindak menendang perut seorang wanita, gara-gara cemburu sepupunya mahu berkahwin, semalam.

Berdasarkan sumber, dalam kejadian jam 1 pagi, wanita berusia 31 tahun itu pulang ke rumah bersama teman lelaki dan ditahan suspek, 37, yang tinggal berhampiran, di Taman Jujur, Sikamat.

Sepupunya yang memegang kapak ketika itu meluru ke arah mangsa dan menendang perutnya sehingga terjatuh.

“Kejadian disaksikan seorang lagi saudara yang meleraikan pergaduhan. Suspek diarahkan pulang, manakala wanita itu dan teman lelaki memasuki kediaman,” katanya.

Menurutnya, suspek datang semula ke rumah wanita terbabit jam 2 pagi dan mengarahkan mereka keluar.

“Lelaki itu yang masih memegang senjata sama menghamburkan kata-kata kesat dan mengugut mahu memotong kepala sepupunya. Suspek menjadi tidak keruan apabila memecahkan cermin tingkap di rumah wanita berkenaan,” tambahnya.

Dalam pada itu, keadaan bertambah kecoh apabila serpihan kaca mengenai bahagian badan anak perempuan mangsa.

“Sehubungan itu, wanita terbabit menghubungi pihak polis sebelum sepasukan anggota tiba di lokasi. Suspek ditahan dan kapak dirampas.”

Jelasnya, hasil siasatan mendapati suspek dan wanita itu adalah sepupu serta pernah bercinta.

“Hubungan itu terputus di tengah jalan berikutan suspek tidak bekerja, gemar bergaduh dan sering mabuk. Kemuncaknya apabila wanita terbabit memutuskan mahu mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya,” katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

“Siasatan pihak polis mendapati punca amukan disebabkan suspek cemburu kerana sepupunya mahu mendirikan rumah tangga,” katanya.

Suspek kini direman mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah serta khianat.

Sumber - Harian Metro



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gocPX6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.