Hi! Welcome Back and Stay Tune! Doddy 'Abang Bomba I Love U’ Juara Fesyen Kucing Sempena Sambutan Hari Inovasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Doddy 'Abang Bomba I Love U’ Juara Fesyen Kucing Sempena Sambutan Hari Inovasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia..


Kuantan: Tema persembahan Abang Bomba I Love U menjadi kelebihan pada kucing bernama Doddy milik Mohd Azlan Ishak, 32, untuk muncul juara pertunjukan fesyen sempena sambutan Hari Inovasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Berjaya Megamall, di sini, semalam.
Program dengan kerjasama Kelab Naughty Cat dan syarikat pengeluar makanan kucing, Power Cat turut mengadakan acara pertandingan kucing cantik pelbagai kategori serta pameran.

Mohd Azlan yang kali pertama menyertai pertunjukan fesyen kucing mengeluarkan modal RM30 untuk membeli uniform kadet bomba sebelum menjahit semula bagi mengecilkannya selain membuat topi.
GAYA kucing yang menyertai pertandingan fesyen.
“Saya tidak menyangka percubaan pertama menyertai acara itu membuahkan kejayaan. Usaha dilakukan bersama isteri (Rossuhaida Hairuddin, 29) beberapa hari sebelum pertandingan memang berbaloi.

“Doddy yang berumur setahun ini sudah beberapa kali menyertai pertandingan kucing cantik di daerah ini,” katanya yang memiliki dua kucing manja sebagai penyeri kediaman mereka.
KUCING yang menyertai pertunjukan fesyen sempena Hari Inovasi JBPM di Berjaya Megamall.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA) Datin Zuhairah Yaakob.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA) Pahang, Datin Norlatifah Jaafar.
Sembilan peserta menyertai pertunjukan fesyen kucing yang menawarkan hadiah piala dan makanan kucing jenama Power Cat.

Sumber: HMetro



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2go68nR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.