ANCAMAN SERANGAN DI PESTA ARAK BENAR, KATA KPN
ALAT ledakan yang diubahsuai (IED) yang dicipta seorang remaja berusia 19 tahun, yang diambil oleh unit anti keganasan pada Rabu lalu, boleh membunuh mereka yang berada dalam lingkungan 20-30m dengan mudah, kata Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun.
Laporan risikan mendedahkan remaja itu adalah di antara tiga individu yang ditangkap pada minggu lalu yang merancang untuk melakukan serangan terhadap acara Better Beer Festival yang dibatalkan di Kuala Lumpur bulan ini.
Fuzi berkata tangkapan itu adalah hasil usaha perisikan.
“Kami telah menafikan yang kami sengaja memberi alasan untuk membatalkan acara itu. Tangkapan baru-baru ini menunjukkan yang ancaman itu adalah benar.”
Festival Better Beer itu sepatutnya diadakan pada 6 dan 7 Oktober lalu di Publika Shopping Gallery di Kuala Lumpur, yang menampilkan 250 jenis bir berbeza dari 43 kilang bir di seluruh dunia.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan permit selepas Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Riduan Mohd Nor menyelar acara itu, dan memanggilnya sebagai “pesta maksiat” serta mendakwa ia akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai “pusat maksiat terbesar di Asia”.
Polis juga kemudian mengeluarkan satu kenyataan bahawa acara itu menerima ancaman keganasan jika ia diteruskan.
Sebelum penangkapan ini, polis turut menangkap lapan individu lain atas dakwaan terlibat dengan aktiviti keganasan.
Mereka teridiri daripada empat warga tempatan, tiga Filipina dan seorang warga Albania.
Seorang dari tiga warga Filipina itu dikatakan mempunyai status penduduk tetap disini.
Pada 5 September, Fuzi mengumumkan penangkapan 19 lelaki yang disyaki mempunyai hubungan aktif dengan IS. Beberapa orang daripadanya merancang untuk menyerang majlis penutup Sukan SEA 2017 pada 30 Ogos dan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-60 keesokan harinya.
Suspek termasuk 11 warga asing dari Bangladesh, Maldives, Iraq, Palestin, Indonesia dan Filipina. Beberapa orang dari mereka terlibat secara langsung dalam perancangan dan pembunuhan pengganas, juga aktiviti tempur lain dengan IS atau sekutunya.
– http://ift.tt/2pAR1dR
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gKGWoC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment