Hi! Welcome Back and Stay Tune! HANYA PEMIMPIN ‘OTAK SENGET’ HINA BUGIS, KATA NIK ABDUH - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HANYA PEMIMPIN ‘OTAK SENGET’ HINA BUGIS, KATA NIK ABDUH

Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurutnya menghina masyarakat Bugis dalam kritikannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Himpunan Anti-Kleptokrasi minggu lalu.

Beliau berkata, gelaran menghina seperti ‘lanun’ terhadap Bugis berasal daripada penjajah, dan hanya diteruskan oleh orang yang “berotak senget”.

“Penjajah dulu memang sakit hati dengan Bugis kerana kepahlawanan mereka menentang penjajah. Penjajah lalu melabel Bugis sebagai lanun.

“Bila sebut Bugis, saya ingat ‘pahlawan’. Sampai sekarang orang baik-baik akan memanggil Bugis sebagai pahlawan. Adapun orang yang otak senget atau senget otak, mereka akan memanggil Bugis sebagai lanun Bugis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahathir dalam ucapan penutupnya Sabtu lalu dipetik menggesa Najib agar pulang ke Sulawesi, tempat asal masyarakat Bugis.

Antara kenyatannya itu berbunyi: “Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macamana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis.”

Najib yang berkuturunan Bugis sering dilihat bangga dengan salasilahnya itu, dan pernah memetik pepatah masyarakat itu dalam ucapannya.

Nik Abduh yang juga anggota parlimen Pasir Mas berkata lagi, beliau tidak hairan dengan kenyataan Mahathir itu sebagai pemimpin parti berasaskan kaum.

“Parti yang berasaskan bangsa, memang akan tersembur lidah mereka dengan kata-kata rasis,” katanya lagi.

‘Kalau tukar Bugis kepada Cina’

Sementara itu, anggota jawatankuasa PAS Pusat Muhtar Suhaili semalam menggesa Mahathir ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 atas ucapannya itu.

Dalam kenyataan yang disiarkan di Harakah Daily hari ini, beliau mengakui kecaman ramai pihak terhadap akta itu, dan malah muktamar PAS 2014 sendiri meluluskan usul memansuhkan akta itu.

“Saya cuma tidak setuju dengan kenyataan perkauman Tun Mahathir, sebagaimana saya juga tidak setuju dengan pihak yang menyentuh asal usul beliau.

“Cuba bayangkan jika perkataan ‘Bugis’ dalam ucapan itu ditukar menjadi ‘Cina’, pasti gegak gempita DAP dan sekutunya,” katanya yang mengaku berketurunan Bugis.

Katanya, sesiapa yang mengeluarkan kenyataan yang mengganggu ketenteraman dan keharmonian awam wajar diadili dengan undang-undang sedia ada, dengan syarat ia tidak disalahgunakan.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ihhASU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.