Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apa Yang Usahawan Boleh Belajar Daripada Cristiano Ronaldo Dan Pasukan Bola Sepak Portugal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apa Yang Usahawan Boleh Belajar Daripada Cristiano Ronaldo Dan Pasukan Bola Sepak Portugal

Cristiano Ronaldo atau nama penuhnya Cristiano Ronaldo Dos Santos Aveiro dilahirkan di Funchal, Madeira, Portugal Madeira Portugal.

Dilaporkan, beliau mempunyai sumber pendapatan yang paling tinggi dalam kalangan atlet-atlet berprestij dunia termasuklah pemain bola sepak profesional yang lain.

Pendapatan tahunan yang diperolehi dari kelabnya adalah sebanyak 45 juta dolar.

Menurut Forbes, dia akan menjana pendapatan sebanyak 93 juta dolar pada tahun ini sekaligus meletakkannya sebagai selebriti kelima menerima bayaran yang paling tinggi di seluruh dunia.

Dia turut menjadi duta kepada pelbagai jenis produk seperti Nike, Samsung, Monster dan banyak lagi yang merupakan faktor kepada kekayaannya.

Ronaldo turut dikenali juga merupakan usahawan selebriti yang terkenal yang mengeluarkan produk dengan label jenamanya sendiri seperti CR7, wangian dan turut melabur dalam bidang perhotelan.

Dua daripada rangkaian hotelnya telah dibuka pada tahun lepas manakala satu lagi hotel akan dibuka pada tahun hadapan.

Berikut adalah apa yang para usahawan boleh belajar daripada beliau dan pasukannya mengenai kehidupan bisnes.

#1-Jangan Hilang Keyakinan Walaupun Anda Bukan Yang Terpilih Atau Yang Ternama.

Image result for cristiano ronaldo as an entrepreneur

Ramai orang yang terkejut dengan kemenangan oleh pasukan bola sepak Greece pada tahun 2004 seperti mana ramai peminat bola yang terkesima dengan kemenangan pasukan Portugal dalam UEFA Euro pada tahun 2016 di France.

Pada ketika itu, tidak ramai yang memilih atau meramalkan pasukan Portugal akan memenangi perlawanan itu walaupun dengan kehadiran Cristiano Ronaldo sebagai pemain kerana prestasi mereka yang tidak membanggakan.

Namun mereka tetap bermain dengan sepenuh hati dan berusaha untuk memenangi perlawanan tersebut sehinggalah mereka bergelar juara dan membuktikan keupayaan mereka pada orang ramai yang tidak menyokong mereka sebelum ini.

Sama juga seperti golongan usahawan pasti akan mengalami perkara yang sama  dalam konteks yang berbeza.

Mana-mana usahawan yang bermula pasti mengalami kesukaran dalam tempoh waktu yang tertentu sebelum nama, produk dan bisnes mereka dikenali.

Dalam fasa kesukaran ini, tiada siapa yang tahu bila mereka akan berjaya. Sebagai usahawan, banyak perkara yang harus dikorbankan pada ketika ini termasuklah masa, wang,kerja dan hal-hal peribadi.

Kajian daripada Harvard mendapati hanya 22% usahawan yang berjaya pada percubaan kali pertama berniaga.

Anda bertuah jika anda termasuk dalam golongan 22% ini. Namun, jika anda tidak termasuk dalam golongan ini, maka belajarlah untuk berjaya dengan melalui liku-liku kesukaran seperti yang dialami oleh pasukan Portugal.

Mereka juga bermula dari bawah, tidak punya nama, tidak punya ramai peminat dan kemasyhuran namun akhirnya berjaya mengungguli kejuaraan piala Euro dan membina populariti.

Mereka boleh melakukannya mengapa anda tidak?

#2-Motivasikan Pasukan Anda Terutamanya Ketika Berada Dalam Keadaan Yang Sukar.

Related image

Ramai orang yang kagum dengan kebolehan dan kemahiran Ronaldo bukan hanya sebagai antara pemain bola sepak terhandal di dunia akan tetapi juga sebagai pencetus inspirasi.

Bakatnya dalam kepimpinan diakui dan diperkatakan oleh ramai orang. Malahan, Ronaldo sentiasa sedia membantu rakan-rakan dan orang susah yang memerlukan samaada dari bentuk wang, fizikal atau emosi.

Semasa perlawanan suku akhir menentang Poland, Ronaldo telah memberi kata-kata semangat kepada rakan sepasukannya, Moutinho untuk membuat sepakan penalti walaupun dia tidak berasa yakin untuk melakukannya.

Semasa perlawanan akhir, Ronaldo sendiri mengalami kecederaan namun beliau tetap tegar menyokong pasukannya dari tepi padang dan memberikan ucapan semangat ketika waktu rehat.

Kata penjaring gol kemenangan ketika itu, Eder, “Ronaldo memberitahu saya yang saya akan menjaringkan gol kemenangan kepada pasukan. Dia dan rakan-rakan yang lain memberikan kata-kata semangat dan kekuatan.”

Hal ini turut diakui oleh pemain lain yang turut terinspirasi dengan ucapan Ronaldo semasa waktu rehat perlawanan.

Apa yang para usahawan belajar melalui kepimpinan Ronaldo adalah, anda harus berada bersama-sama pasukan anda tidak kira semasa susah mahupun senang.

Ada ketika mereka mungkin tidak dapat bekerja sepertimana dengan apa anda harapkan, anda harus tahu bagaimana untuk memahami, menyokong dan memotivasikan pekerja-pekerja anda ketika saat sukar.

#3-Jangan Lepaskan Tuah Di Depan Mata.

Related image

Tidak dinafikan banyak yang pasukan Portugal lakukan semasa perlawanan untuk memenangi piala tersebut.

Selain usaha, mereka juga dikira bertuah kerana mereka dapat tempat ketiga terbaik untuk memasuki peringkat “Round of 16”.

Mereka berjaya mengalahkan pasukan Wales semasa semi-final dan dua lagi kejayaan mereka semasa perlawanan akhir muncul ketika waktu tambahan dan satu lagi melalui sepakan penalti.

Sememangnya ia memerlukan kemahiran dan ketahanan mental dan emosi untuk menjaringkan gol semasa waktu tambahan dan sepakan penalti dan sedikit keajaiban juga ternyata membantu.

Sebagai usahawan, banyak kejayaan kita akan tiba pada waktu, tempat dan situasi yang sesuai.

Ini bukan bermaksud anda hanya perlu menunggu dan tidak perlu bekerja keras, sebaliknya, jika anda mendapat peluang atau bertuah untuk menerimanya, ambil kesempatan ini dan gunakan dengan sebaiknya.

Jangan takut untuk menerimanya atau menggunakannya.

 #4-Jangan Sesekali Mengalah Dan Berikan Usaha 200%.

Image result for cristiano ronaldo as an entrepreneur

12 tahun yang lalu, Ronaldo pernah menangis ketika kalah dalam perlawanan akhir Euro pada tahun 2004.

Ketika itu dia berusia 19 tahun dan pada usia 31 tahun, dia dirakam menangis sekali lagi ketika memenagi perlawanan Euro pada tahun lepas.

Ternyata usaha keras yang berterusan akan membuahkan hasil sama ada cepat atau lambat.

Sebagai usahawan, ada masa dan ketika anda akan berasa seperti mahu berputus asa dan tidak mahu ambil peduli lagi kerana penat atau mungkin tidak berada dalam keadaan yang bagus.

Walau apapun, berikan yang terbaik dalam apa jua situasi. Dengan cara ini, kita pasti akan berhasil menjayakan apa yang diingini.

Mungkin anda terpaksa menunggu waktu yang lama mungkin lebih cepat atau lambat berbanding Ronaldo tetapi apa yang pasti anda akan  berjaya suatu hari nanti.

Kegagalan mengajar kita untuk memperbetulkan kesilapan kita supaya berjaya.



Sumber Apa Yang Usahawan Boleh Belajar Daripada Cristiano Ronaldo Dan Pasukan Bola Sepak Portugal

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yu0rwm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.