Apple Bakal Menawarkan Sejumlah Emoji Baru Melalui iOS 11.1
Apple sebelum ini telah memperlihatkan secara ringkas beberapa emoji baru yang akan hadir ke sistem operasi iOS. Terkini, hari ini mereka mengesahkan yang mana kesemua emoji baru ini bakal ditawarkan melalui kemaskini iOS 11.1 akan datang.
Antara emoji baru yang akan disertakan kelak adalah termasuk emoji wanita bertudung, lelaki berjanggut, zombie, emoji “I Love You”, dan sejumlah emoji yang lain.
Kemaskini baru ini dijangka menyertakan ratusan emoji baru – dan bakal ditawarkan bermula minggu hadapan untuk iOS 11.1 versi pembangun. Pengguna umum dijangka akan menerimanya dalam kemaskini akan datang – termasuk untuk macOS dan juga watchOS.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y3SY5q
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment