Hi! Welcome Back and Stay Tune! BANTAH PESTA ARAK: JAMAL PECAHKAN BOTOL BIR DI SUK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BANTAH PESTA ARAK: JAMAL PECAHKAN BOTOL BIR DI SUK

Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini bertindak memecahkan lebih 100 botol  arak di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam.

Hadir bersama kira-kira 20 orang penyokongnya sambil membawa beberapa peti minuman keras dan tukul besi pada jam 10.15 pagi, Jamal, berkata, pihaknya membantah sebarang penganjuran pesta arak di Selangor.

Pemimpin Umno itu turut memberikan amaran kepada pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya tidak mengambil mudah terhadap penganjuran pesta itu selain melarangnya diadakan di Selangor.

“Kalau nak minum, biar Azmin Ali and the gang, exco, minum dan mabuk dalam pejabat, tapi jangan bagi rakyat Selangor mabuk berpesta arak, ini yang kami tak nak…

“Apa punya MB, ajak rakyat Selangor mabuk…, bodoh.

“(Harus) batalkan terus, jangan tertangguh-tangguh lagi,” katanya.

Jamal kemudian menggunakan sebuah tukul besi lalu memecahkan botol arak yang disusun di hadapan pagar bangun pentadbiran kerajaan negeri Selangor itu sambil aksinya dirakamkan oleh wartawan dan jurugambar.

Namun, jenama arak yang dibawa oleh Jamal dan penyokongnya itu ditutup dengan logo
Festival Better Beer 2017 yang sepatutnya diadakan mulai esok di Kuala Lumpur tetapi dibatalkan kerana permitnya ditolak oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Susulan itu, terdapat spekulasi bahawa penganjur didakwa membuat permohonan baru kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata acara berkenaan tidak pernah dilarang seperti pada tahun-tahun sebelumnya, kerana tidak ada maklumat yang diterima mengenai rancangan militan untuk melakukan sabotaj seperti pada tahun ini.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wykgOj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.