Cacah Tatu ‘Nothing To Lose’ Kerana Sering Ingat
Seorang lelaki Rusia yang tidak boleh membuang perkataan ‘nothing to lose’ dari kepalanya, telah memutuskan untuk mencacah tatu perkataan berkenaan di mukanya.
Nikolay Markelov, 22, berkata dia berbuat demikian kerana perkataan itu asyik bermain di mindanya sahaja.
Dia yang berasal dari Krasnoyarsk Krai telah mencacah tatu itu di seluruh mukanya. Selain itu Markelov turut mempunyai tatu lain di badannya.
“Apabila saya melukis tatu itu, barulah orang memberikan perhatian. Mereka yang berfikiran negatif akan menghampiri anda di jalan dan mula bertanyakan macam-macam soalan,’’ katanya.
Menurut Markelov, dia tidak menyesal kerana mencacah tatu berkenaan memandangkan ia hanya peluang sekali dalam hidup dan akhirnya semua orang akan mati.
Jelasnya, jika dulu ibunya membantah tindakannya itu namun kini dia telah menerima keputusan anaknya itu.
“Dia yang melahirkan saya jadi dia patut menyayangi saya seperti adanya, tidak kira jika saya ada tatu atau tidak,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2l8xpMV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment