Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cinta masih teguh, Shahir tetap akan sunting Erra jadi isterinya yang sah tahun depan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cinta masih teguh, Shahir tetap akan sunting Erra jadi isterinya yang sah tahun depan

PERASAAN cinta juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir Zawawi tetap teguh terhadapl Erra Fazira walaupun namanya kini panas dikaitkan dengan seorang pramugari iaitu Mona Syamimi Mohd Samsudin.

Jelas Shahir hubungan mereka masih dalam keadaan baik malah semua salah faham mengenai isu melandanya sudah pun dijelaskan kepada Erra.

“Dengan pihak itu (Mona) saya tiada kena mengena saya masih dengan orang yang sama (Erra) dan kami tiada masalah.

“Saya sudah bercakap dengannya (Erra) tentang apa yang berlaku dan Alhamdulillah dia pun memahami.

“Erra sendiri pun seorang anak seni dan dia lebih faham tentang asam garam bergelar seorang selebriti,” katanya.

 

Shahir ditemui selepas pertandingan akhir AF Megastar yang diadakan di Royal Theatre Shah Alam pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Shahir, 29, berkata, dia tetap akan meneruskan niat untuk menyunting Erra, 43, sebagai isterinya yang sah pada awal tahun hadapan.

“Insya-Allah apa yang kita rancangkan pada tahun hadapan (perkahwinan) akan dilaksanakan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Shahir menjelaskan dia terfikir untuk menarik diri daripada peringkat akhir AF Megastar bukan kerana ingin menghilangkan diri seperti sebelum ini.

Sebaliknya kata Shahir, dia sebenarnya cuba memberitahu kepada masyarakat bahawa dia tidak mengejar dunia glamor atau populariti sebagai selebriti.

“Kontroversi memang asam garam sebagai artis tetapi apabila orang bercakap tentang sesuatu yang tidak baik bukan semuanya kita boleh pekakkan telinga.

“Sebagai contoh ada orang kata sejak saya masuk AF Megastar dah mula meninggi diri tetapi saya hendak tunjuk pada orang, saya tak kejar pun dunia ini.

“Saya nak buktikan pada semua orang yang saya tak mengejar populariti atau kemasyhuran sebagai artis dan tiada masalah untuk tarik diri malah lebih reda jalani kehidupan sebagai orang biasa,” jelasnya.

Bagaimanapun kata Shahir, dia mengubah fikirannya kerana sedar tindakan itu nanti akan menimbulkan masalah kepada pihak produksi.

“Bukan sahaja saya fikirkan tentang tanggungjawab tetapi kepercayaan peminat yang mereka berikan kepada saya selama ini.

 

mStar Default Image

Erra Fazira

“Saya tidak akan ‘hilang’ dan akan teruskan karier sebagai penyanyi selepas ini bagi membalas semua jasa peminat dan orang yang percayakan saya,” janjinya.

Ditanya mengenai Mona, Shahir berkata dia sebolehnya ingin mempertahankan dirinya daripada terus difitnah wanita itu namun mengambil keputusan mendiamkan diri.

Katanya, ramai menasihatkan agar dia mengambil langkah itu bagi menjaga hati banyak pihak selain tidak mahu terus memperbesarkan isu itu.

“Saya juga manusia biasa, ada perasaan marah dan isu ini menggangu saya dikala saya sibuk dengan persiapan konsert akhir dan jujurnya memang saya nak lawan pertahankan diri.

“Jujur saya tidak tahu apa niat dia tetapi tidak mengapa rasanya orang boleh menilai sendiri tentang situasi yang berlaku ini dan saya anggap ia asam garam kehidupan artis,” katanya.

Kontroversi hidup Shahir tercetus apabila Mona Syamimi tampil mendedahkan dia mempunyai hubungan istimewa denan pemuda itu selain berkongsi gambar keluar dan mesej-mesej cinta.

Situasi itu mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini Shahir mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan Erra Fazira.

Sumber: Mstar



Sumber Cinta masih teguh, Shahir tetap akan sunting Erra jadi isterinya yang sah tahun depan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yBgkRh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.