Cukup! Alvin Hanya Berlakon Seram Lepas Kahwin
PELAKON baharu iaitu Alvin Chong serik untuk berlakon dalam filem seram dan terpaksa menolak tawaran untuk genre itu buat seketika.
Alvin, 26, yang mula dikenali menerusi drama Suri Hati Mr Pilot berkata, dia sering terbawa-bawa perasaan di set penggambaran kerana lakonannya dalam filem seram sehingga pulang ke rumah.
“Saya mengaku memang saya penakut. Tambah-tambah pula saya tinggal bersendirian.
“Kadang-kadang bila berada dalam lif atau di koridor, saya akan rasa cuak, rasa tak selamat,” ujarnya.
Dia ditemui sewaktu majlis tayangan dan sidang media filem Haunted Hotel di MBO Starling, Damansara Uptown, pada Selasa.
Menurut Alvin, dia tidak mahu perasaan takut yang terbawa-bawa dari set filem seram mengganggu prestasi dan penghayatannya dalam projek lain.
Disebabkan hal itu, dia seboleh-bolehnya mahu mengelak untuk menerima tawaran filem seram sehinggalah dia berkahwin kelak.
“Nanti bila sudah kahwin, ada peneman di rumah, tak ada la saya rasa takut,” katanya.
Dia ditemui sewaktu majlis tayangan dan sidang media filem Haunted Hotel di MBO Starling, Damansara Uptown, pada Selasa.
Sementara itu menerusi filem Haunted Hotel, Alvin hanya memegang watak sebagai petugas hotel yang berhantu.
Selain Alvin, filem itu menampilkan pelakon dari tiga negara iaitu Aom Sushar (Thailand), Li Chuan (China) manakala dari Malaysia termasuklah Teddy Chin, dan Nadia Aqilah.
Filem arahan Ryon Lee itu ditayangkan di China pada Khamis manakala tayangan di Malaysia pula akan bermula pada 19 Oktober ini.
The post Cukup! Alvin Hanya Berlakon Seram Lepas Kahwin appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i4Y8c9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment