Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAKWAAN PIKAT BINI ORANG, JASA MINTA DZULKIFLI ABAI UGUTAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAKWAAN PIKAT BINI ORANG, JASA MINTA DZULKIFLI ABAI UGUTAN

Ketua cabang propaganda kerajaan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Mohd Puad Zarkashi menamakan Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai individu yang tidak dinamakan dalam satu artikel dan video berhubung tindakan seorang pegawai kanan SPRM cuba memikat isteri orang, yang merupakan satu kesalahan jenayah.

Beliau dalam satu laporan oleh Berita Harian hari ini dipetik sebagai berkata, fitnah itu disebarkan dengan harapan pihak SPRM akan takut untuk bertindak meneruskan siasatan.

“Saya mengecam pihak tidak bertanggungjawab, yang cuba memfitnah Ketua Pesuruhjaya SPRM dengan cerita sensasi yang keterlaluan.

“Semua itu bertujuan untuk mengugut Zulkifli Ahmad dan SPRM daripada bertindak tegas dalam memerangi rasuah, apatah lagi apabila ia membabitkan tokoh ternama dan politik tertentu.

“Saya berharap beliau dan SPRM tidak akan berkompromi dengan taktik ugut dan fitnah berkenaan,” katanya.

Akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, minggu lalu mendedahkan satu laporan difailkan oleh seorang ahli perniagaan berusia 37 tahun, dengan ibu pejabat polis daerah Wangsa Maju.

Ia juga memetik Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif sebagai berkata, kes dirujuk kepada Bukit Aman.

Kes berkenaan boleh disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas tuduhan “memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan tujuan untuk mengadakan hubungan seks .”

image: http://ift.tt/2gMwY6q

Mengulas lanjut, Mohd Puad yang juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno, mendakwa ada pihak yang sudah panas duduk akibat ketegasan SPRM dalam memerangi rasuah tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

“Saya berharap pihak pembangkang khususnya, supaya keluar dari kotak lama iaitu orang kerajaan sahaja yang rasuah dan layak didakwa.

“Mereka pula seolah olah kebal dan tidak boleh didakwa. Kalau didakwa itu adalah konspirasi politik.

“Saya turut menyeru supaya rakyat dapat mempertahankan ketegasan SPRM,” katanya lagi yang dipetik Berita Harian.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iig1Em

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.