Hi! Welcome Back and Stay Tune! SINDIKET JUDI CUBA CEMAR REPUTASI KETUA SPRM, KATA UTUSAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SINDIKET JUDI CUBA CEMAR REPUTASI KETUA SPRM, KATA UTUSAN

UTUSAN Malaysia kini dilihat cuba memutarkan isu dengan menuduh sindiket perjudian cuba memburukkan nama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dzulkifli Ahmad di sebalik sasaran beliau memerangi rasuah yang didakwa berlaku dalam kementerian dan agensi kerajaan.

Pengarangnya, Zulkiflee Bakar hari ini mengatakan kempen memburuk-burukkan itu adalah bagi membalas ikrar agensi anti rasuah untuk menghapuskan sindiket perjudian.

Dalam ulasan yang disiarkan hari ini, beliau menyalahkan sindiket perjudian kerana memulakan kempen “pembunuhan karakter” terhadap Dzulkifli, berikutan pengumumannya pada 13 September yang SPRM akan menumpukan perhatian kepada rumah judi, pengendali, dan pihak penguatkuasaan yang melindungi mereka.

Semalam, Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata tuduhan yang Dzulkifli mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita sudah berkahwin adalah untuk melemahkan agensi rasuah.

Setakat ini, lelaki yang menjadi tumpuan dakwaan masih berdiam diri, berlawanan dengan karakter Dzulkifli, yang sebelum ini membuat kenyataan tegas mengenai siasatan SPRM dan berbangga dengan prestasi agensi kerana berjaya merampas lebih jutaan ringgit berbentuk aset berbanding tahun sebelumnya.

SPRM di bawah Dzulkifli, yang memegang jawatan pada Ogos 2016, mencatatkan peningkatan jumlah kertas siasatan yang dibuka, tangkapan, dan pendakwaan.

The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan terdapat rasa tidak puas hati dalam Umno dan Barisan Nasional terhadap keghairahannya menangkap mereka yang didakwa menerima rasuah atau terlibat dalam amalan rasuah, terutama ahli politik kerajaan.

Utusan berkata sindiket perjudian menyerang balas Dzulkifli kerana penyiasatan terhadap aktiviti mereka yang kemungkinan akan mendedahkan amalan rasuah di kalangan pegawai kanan di agensi penguat kuasa.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gMwZau

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.