Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua Jadi Tebusan Di Tempat Kerja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua Jadi Tebusan Di Tempat Kerja



LONDON: Selepas kira-kira empat jam berdepan suasana tegang akibat dua pekerja pusat boling dijadikan tebusan, akhirnya polis berjaya menahan penjenayah bersenjata terbabit.

Penahanan suspek di taman hiburan Bermuda Park di Nuneaton di tengah England dibuat selepas polis mengosongkan kawasan itu apabila dimaklumkan mengenai kehadiran lelaki itu kira-kira pukul 2.30 pagi waktu tempatan.

"Kami lega kerana dapat menyelesaikan insiden ini secara aman tanpa kecederaan.

"Saya ingin memberi jaminan kepada masyarakat Nuneaton kejadian ini tiada kaitan dengan kegiatan keganasan," kata jurucakap Polis Warwickshire, Alex-Franklin Smith.

Dalam kejadian itu, suspek dikatakan memasuki pusat boling itu dan menjerit "Permainan Tamat" sebelum mengarahkan semua pelanggan di situ keluar.

Ketika itu, antaran 40 dan 50 orang berada di dalam pusat hiburan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Eksekutif MFA Bowl, Mehdi Afshar berkata, tebusan adalah kakitangannya dan lelaki bersenjata terbabit ditahan selepas polis menyerbu bangunan itu.

Kedua-duanya adalah pengurus yang bertugas ketika itu dan juga pengendali lorong boling di pusat itu. Bagaimanapun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dua pekerja itu ditahan lelaki yang digambarkan Afshar sebagai 'teman lelaki atau bekas suami seorang kakitangannya'. - Reuters/mStar


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gwmXK5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.