“Editing silap dan scene yang salah dimasukkan” – Scene ‘buang rahim kiri’ buat drama Titian Cinta dikecam doktor dan netizen, Faezah Elai bengang dan dedah scene sebenar yang sepatutnya dimasukkan
Panas sekejap bila laman sosial apabila salah satu adegan dalam drama popular Titian Cinta dipersoalkan oleh seorang doktor dan akhirnya menjadi viral dan bualan netizen. Scene tersebut perbualan watak utama, Haris yang sedang consult dengan doktor berkenaan keadaan isterinya. Dialog dan istilah perubatan itulah yang dipersoalkan. Antara dialog yang menjadi kecaman adalah berbunyi lebih kurang seperti “kami terpaksa buang rahim kiri isteri encik”. Namun begitu posting doktor tersebut telah pun dipadamkan.
Kami juga ingin berkongsi penjelasan Faezah Elai tentang adegan drama Titian Cinta ini. Menurutnya scene yang muncul di TV itu adalah scene yang salah dan ini merupakan kesilapan editing. Pelakon yang membawa watak doktor itu juga adalah doktor sebenar dan bukannya Extra. Faezah Elai juga berkongsi scene yang sebenar yang sepatutnya dimasukkan di dalam FBnya.
Selalunya aku tk penah nk amik port bila netizens ni ni suka hentam org,nama pon netizens.. ni aku nk belanja sikit,a real scene yg sepatutnya keluar,disebabkan kesilapan editing,scene yg silap ni yg dimasuk kan.. scene ni di shoot byk take sbb yg perempuan bertudung tu adalah seorang DOCTOR i repeat DOCTOR bukan PELAKON EXTRA.. di sbbkan directornya nk dpt kan fakta betul,so dia mintak doctor utk berckp dialogue tu.. agak byk kali shoot sbb dia tersilap dialogue walaupon dia doctor sbb berlakon and real life berbeza ye.. berpuluh org kat situ tgh tgk kau yg buat kau boleh lupa dialogue klu kau seorg yg pemalu.. i dont blame her sbb compom la gagap tetiba kena berlakon ngan jul arippin.. tak kan ampa nk suruh team shooting pi belajaq medic 5 tahun pulak utk scene yg tk sampai 5 minit
Tp apa yg aku cuba explain kat sini bukan lah nk menegak kan benang yg basah,tp utk bagitau pada netizens yg suka menghukum tp apa pon tau,jgn pakai nk boh salahkan director or scriptwriter saja,sbb shooting drama ni involve byk department.. and scene ni di shoot di hospital so berlambak doctor yg ada..
Jgn lah nk compare konon drama melayu ni tk buat research mcm korea la hongkong lah.. hg nk aku mention how ridiculous fakta drama diorg? Cerita ni bukan pasai cerita medic.. point nya nk gitau si pompuan tu tk leh preggy.. tu ja! Takdak sapa aihh nk konon pecaya script drama bulat2 .. lain lah klu fakta ttg agama yg tu mmg isu sensetif..
Klu hollywood dok suap hampa ngan cerita tak masuk akai.. kena tembak kat dada boleh bangun lagi siap lari 5km.. tk dak pulak mana2 doctor ckp,klu dh kena tembak part2 tertentu dh tk boleh gerak.. ni silap dialogue terus hentam..
Anyway like i said bukan nk ckp benda ni betul,but people make mistake.. rasa nya mistake ni pon tk lah memudaratkan sesiapa..
P/S : i was not involved in this drama.. i said this because the director is someone i really know..
Scene sebenar yang sepatutnya dimasukkan:-
Posted by Faezah Elai on 5hb Oktober 2017
Ini pula kenyataan dari doktor yang memviralkan adegan drama itu:-
KENYATAAN DARI PRODUKSI TITIAN CINTA!
Semalam saya muat naik sedutan drama Titian Cinta yang melibatkan babak di dalam sebuah klinik. Saya ulas kesilapan berkenaan penerangan yang diberikan oleh doktor dalam drama itu.
Tak sangka jadi viral.
Ulasan saya itu telah sampai ke telinga pelakon, penulis skrip dan krew produksi Titian Cinta. Susulan itu, mereka menghubungi saya untuk menjelaskan perkara sebenar.
Begini.
1. Drama Titian Cinta adalah adaptasi daripada sebuah novel tulisan Ridhya Iman yang juga mempunyai judul yang sama. Dalam novel itu, dialog yang di tulis oleh Ridhya Iman untuk babak ini, boleh dikatakan elok dan tiada masalah berkenaan fakta perubatan. Rujuk gambar 1.
2. Pn. Natasya Farhana, penulis skrip yang adaptasi novel itu kepada skrip drama telah menggunakan dialog seperti yang tertulis dalam novel berkenaan. Tiada perubahan ketara yang dibuat oleh Natasya. Rujuk gambar 1.
3. Aliah Wahidah Hasni (pelakon) menyatakan ada beberapa ‘take’ telah dibuat kerana dialog beliau agak panjang. Saya rasa memang sukar untuk buat satu dialog penerangan panjang dalam satu ‘take’ tanpa kesilapan. Rujuk gambar 2.
4. Semasa pasca produksi, penyunting video telah melakukan beberapa suntingan. Ketika pengarah previu suntingan, babak dipertonton adalah versi yang elok, tetapi semasa proses untuk final rendering, babak ‘salah’ telah dimasukkan tanpa sengaja.
Lihat video versi sepatutnya yang diberi oleh pihak produksi kepada saya.
Kesimpulan:
1. Babak ini tidak menjadi kerana masalah teknikal. Bukan kerana kurang kajian penulis novel, bukan juga silap penulis skrip. Mereka telah buat kajian.
2. Cik Aliah masih berstatus bujang. Bakatnya jika digilap, ada peluang untuk berkilau. Beliau pesan agar kita semua beri teguran dengan pendekatan yang lebih membina, bukan dengan hentaman.
3. Pihak produksi, pelakon, dan penulis skrip menyelesaikan masalah ini dengan cara baik. Mereka penjelasan yang baik. Ini perkara yang perlu dicontohi.
Sekarang kau orang bolehlah menonton Titian Cinta dengan aman.
Ohya! Sekali lagi saya nak pesan, andai ada produksi filem/drama yang perlu khidmat nasihat tentang perkara berkaitan perubatan, boleh hubungi FB Page M3 atau Medtweetmy.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
– Medtweetmy
– Medical Mythbusters Malaysia(M3)
Posted by Kamarul Ariffin Nor Sadan on 5hb Oktober 2017
Sumber: Faezah Elai dan Doktor Kamarul Ariffin
Sumber “Editing silap dan scene yang salah dimasukkan” – Scene ‘buang rahim kiri’ buat drama Titian Cinta dikecam doktor dan netizen, Faezah Elai bengang dan dedah scene sebenar yang sepatutnya dimasukkan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xjnjOP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment