Facebook Menguji Fungsi Yang Menunjukkan Sumber Berita Yang Dikongsi Di Susur Masa
Media sosial kini menjadi sumber utama untuk mendapatkan maklumat terkini. Kerap kali “berita” yang dikongsi tidak diperoleh dari sumber yang boleh dipercayai tetapi masih tular sehingga dibaca jutaan kali. Berita palsu ini menimbulkan kerisauan seperti video kononnya ayam di sebuah pasar raya tidak disembelih sedangkan ia video lama yang telahpun disangkal oleh JAKIM.
Facebook menyedari masalah berita palsu pada platform mereka. Bagi memudahkan pengguna berkongsi berita dengan lebih bijak, mereka menguji sistem Article Context yang menunjukkan sumber berita yang dipapar pada susur masa. Apabila pautan dikongsi, sebuah ikon berbentuk huruf “i” akan dipaparkan pada skrin. Butang ini boleh ditekan untuk melihat sumber beritanya.
Pada waktu yang sama pautan lain dari sumber berita ini akan turut dipaparkan berserta lokasi ianya dikongsi. Berdasarkan maklumat ini, pengguna mungkin lebih arif untuk menentukan sama ada berita yang dikongsi boleh dipercayai atau hanya laman umpan kelik yang amat popular di Malaysia. Berhati-hatilah dengan apa yang dikongsi. Di Malaysia sudah terdapat banyak kes penyebar berita palsu diheret ke mahkamah kerana penularan yang tidak berasas.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kso3Ll
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment