Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fathia Latiff buat hal lagi, kali ni tak faham tajuk berita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fathia Latiff buat hal lagi, kali ni tak faham tajuk berita

SELEPAS reda dengan kontroversi menari di aplikasi Bigo Live, pelakon Nur Fathia Latiff pada Khamis dikecam sekali lagi apabila kesilapannya mentafsir tajuk berita dari The Star Online.

Pelakon Ariana Rose itu berpendapat berita bertajuk “Khairy: Malaysia to be cashless society by 2050” yang disiarkan pada Rabu itu sebagai tidak relevan kerana negara tidak lagi menggunakan wang bagi sesuatu urusan pada tahun berkenaan.

“Kita nak jadi macam zaman batu balik ke?, buat sistem barter balik. Kau bagi aku tv, aku bagi kau basikal. Takut,” tulisnya dengan memuat naik paparan skrin berita berkenaan.

Bagaimanapun, menyedari kesilapan tersebut, Fathia memuat naik status menjelaskan perkataan cashless membawa pelbagai maksud.

Cashless: broad meaning. Nak tulis tajuk biar teghang (terang). Ni bukan tulis gossip,” tulisnya.

Rata-rata netizen menganggap pelakon berkenaan tidak faham maksud perkataan berkenaan, malah tidak membaca berita tersebut terlebih dahulu sebelum memberi pendapatnya.

Status itu turut mendapat lebih 300 komen negatif netizen dan 600 ulang siar di Twitter.

Cashless society bermaksud masyarakat tanpa tunai iaitu menjalankan transaksi jual beli secara digital atau menerusi kad debit atau kredit.

Malah, pelakon Redza Minhat turut menegur Fathia bahawa ayat cashless yang digunakan dalam artikel berkenaan adalah ayat yang sebetulnya mengikut terma.

Katanya lagi, Fathia sepatutnya tidak menjejaskan kredibiliti seorang pelakon dengan kenyataan-kenyataan sebegitu.

“Ia adalah perkataan yang betul. Kamu betul, berita itu adalah sebuah berita dan bukannya gosip, jadi bacalah seperti sebuah berita,” ujarnya.

Sumber: Mstar



Sumber Fathia Latiff buat hal lagi, kali ni tak faham tajuk berita

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gdxdtS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.