Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gaji minimum pekerja swasta diselaraskan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gaji minimum pekerja swasta diselaraskan

KERAJAAN akan memastikan jurang gaji minimum pekerja swasta antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan diselaraskan kelak.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot berkata, beliau sedar perbezaan kadar gaji minimum di antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sering menjadi topik perdebatan utama dalam semua sesi Parlimen sejak 2012.

Beliau berkata, buat masa ini, gaji minimum pekerja swasta di Semenanjung ditetapkan pada kadar RM1,000 sebulan berbanding RM920 bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagaimanapun jurang itu semakin meningkat berbanding RM800 ditetapkan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan serta RM900 bagi Semenanjung sebelum ini.

“Kami akan sentiasa memastikan jurang gaji minimum berkenaan dapat dikurangkan dari semasa ke semasa menerusi Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN).

“Malah, kami juga berharap jurang berkenaan dapat dikurangkan bagi kadar gaji minimum yang akan dikuatkuasakan pada Oktober 2018 nanti,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota MPGN Sesi 2017-2020 di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, katanya, kehadiran wakil Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah dalam MPGN dijangka dapat membantu kementerian agar kaedah terbaik dapat dicapai bagi merapatkan jurang perbezaan gaji minimum di antara dua wilayah berkenaan.

Riot berkata, mengikut kajian dilakukan MPGN, perbezaan gaji minimum itu berpunca daripada keupayaan majikan untuk membayar gaji pekerja.

Ditanya mengenai desakan pihak tertentu yang mahu gaji pekerja swasta diselaraskan seperti gaji minimum penjawat awam, Riot berkata, MPGN yang ditubuhkan kerajaan hanya fokus mengkaji serta menetapkan gaji minimum pekerja swasta sahaja.

Menurutnya, proses kajian semula penetapan gaji minimum yang dilakukan MPGN setiap dua tahun adalah satu tanggungjawab yang sangat mencabar.

“Justeru, kerajaan bersetuju membentuk Kumpulan Penyelidik Gaji dan Gaji Minimum bagi membantu MPGN dan jawatankuasanya dalam kajian impak,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Gaji minimum pekerja swasta diselaraskan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kJ1x19

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.